Posts

Showing posts with the label tasneem naturel

Kleenzy Pencuci Botol Susu Organik Terbaik

Image
Bayi dan botol susu berpisah tiada. Tambahan pula buat bayi yang ditinggalkan kepada pengasuh, taska dan sebagainya. Sifat ayi ini amat sensetif. Serba serbi organ, badan mereka masih belum matang sepenuhnya.  Jadi, kebersihan amatlah perlu dipandang serius dan dititik beratkan. Tambahan pula bila membabitkan makan atau minum bayi. Seringkali juga kita mendengar keluhan ibu-ibu diluar sana yang seringkali perlu menukar puting susu botol simanja. Buat mereka yang menggunakan puting botol jenis biasa rasanya tiada masalah untuk tukar setiap minggu. Namun, ada juga bayi yang sudah biasa dengan sesuatu jenis puting dan ianya sukar untuk didaptkan secara kerap.  Ibu ayah tahu tak kesan penggunaan puting susu yang berkerak pada bayi? kalau tak tahu jom kita lihat sebentar apakah kesan sekiranya kita membiarkan bayi terus menggunakan puting botol susu yang berkerak. Kleenzy insyaallah bakal membantu ibu-ibu diluar sana dalam menyelesaikan masalah kerak susu pada puti...

New Baby Range Produk Bayi Terbaik

Image
Setiap ibu bapa pastinya hendakkan yang terbaik untuk anaknya. Apatah lagi ibu bapa yang menantikan kelahiran cahaya mata yang pertama. Pastinya akan mencari dan menyediakan yang terbaik untuk bayi pertama mereka. Umum ketahui kan kulit simanja sangat-sangat sensetif. Salah pilih produk pastinya akan membuatkan kulit anak merengsa dan memberi kesan kepada bayi dan juga mata yang melihat. Dan kini minda ibu bapa juga semakin terbuka dan menginginkan produk yang selamat untuk simanja. Terpanggil dengan keterbukaan ibu bapa mengenai produk yang tanpa bahan kimia berbahaya, selamat Tasneem Naturel telah melancarkan 10 rangkaian produk bayi Terbaik di Malaysia. Rangkaian produk ini terdiri daripada mandian bayi, pelembap kulit bayi, 'hand santizer, minyak urutan bayi, pencuci botol dan puting susu bayi, spray penghalau serangga, pencuci mainan bayi dan juga spray untuk memudahkan bayi tidur. Kleenzy Pencuci Puting dan Botol Susu Terbaik Bayi sangat mudah terdeda...

Tanda Awal Asma pada Bayi

Image
Pernah tak dikalangan kalian yang anaknya tiba-tiba bernafas seolah-olah laju? Dan juga sepertinya ianya sukar bernafas juga? Sebenarnya 2 minggu lepas Qiqi juga dikejutkan dengan kejadian sebegini. Pertama kali dalam hidup melihat anak bernafas sebegitu rupa. Anak-anak yang sebelum ni memang belum pernah terjadi sebegini. Ingatkan dia meragam sebab batuk, namun sebaliknya yang berlaku. Masa ni dah risau sangat dah. Tak pernah jadi dan laju begini. Dia bernafas seolah-olah ada benda yang menghalang dia untuk bernafas. Pagi nya kami terus membawa Alina ke bahagian Kecemasan Hospital dan terus mendapat rawatan khusus. Alhamdulillah urusan di hospital sangat-sangat cepat. Alina terpaksa dimasukkan ke wad untuk tujuan pemantauan. Neb pertama Alina. Struggle oih nak pegang dia. Dibekalkan dengan oksigen dan juga memerlukan pengambilan 'Neb' 4 jam sekali. 'Neb' diberi bertujuan  mencairkan kahak dan seterusnya  memudahkan Alina bernafas. Dalam kelua...

Ayden Mikael Pelakon Cilik Pujaan Hati Kanda Pengguna Setia Tasneem Naturel

Image
Masih ingatkah lagi ibu-ibu dengan si comel yang pernah menjadi igauan acik-acik 1 Malaysia? Iqy atau nama sebenarnya Ayden Mikael pernah berlakon dalam drama popular sebelum ini iaitu Pujaan Hati Kanda yang turut dibintangi oleh Remy Ishak dan juga Mira Filzah. Mika disamping pelakon utama Pujaan hati Kanda,  iatu Mira Filzah dan Remy Ishak Kalau ibu-ibu nak tahu, Mika nama manja yang dipanggil ibunya adalah antara pelanggan tetap kami di Tasneem Naturel tau. Perkenalan ibu Mika dengan Tasneem Naturel bermula apabila ibunya terpandang billboard di sekitar Jalan Duta. Kebetulan waktu itu Mika @ Iqy ni memang kerap mengalami masalah kembung perut. Bak kata orang lama, 'bagai pucuk dicita, ulam mendatang'. Ibunya mencuba salah satu produk kami iaitu T Rub balm yang sememangnya diformulasi khas untuk membantu masalah kembung perut, sembelit, cirit birit, loya dan yang berkaitan dengan masalah pembuangan. Jom ikuti perkongsian pengalaman dari ibu Mika sendiri Dan sy...

10 Tips Tidurkan Bayi dengan Mudah

Image
"Intan, kenapa nampak lesu sangat semenjak dua menjak ni?' Persoalan ni kerap kali didengar Intan semenjak baru masuk kerja ni. Masakan tidak, boleh dikata setiap hari Intan terpaksa berjaga malam melayan kerenah sikecilnya. Sudah lah berjaga malam, pagi-pagi perlu bangun awal untuk siapkan keperluan suami dan anak. Runsing, pening, serabut bila menginjak ke waktu malam. Masakan tidak, orang lain bila malam dapat berehat tenang tapi Intan tidak. Sentiasa dalam mood standby sekiranya anaknya meragam, ajak bermain di tengah malam.  Anda ada masalah yang sama macam Intan? Jika anda berminat untuk mempelajari beberapa tips tidur bayi yang baru lahir, maka anda berada di tempat yang betul.  Tahukah anda, apabila bayi anda tidur lebih baik, anda akan melihat bayi yang lebih sabar, lebih toleran, lebih ceria selepas rehat malam yang baik atau tidur berkualiti. Tidak pernah terlambat untuk memupuk tabiat tidur yang sangat baik semenjak dari bayi kerana akh...

7 Checklist Penting Sebelum Pulang ke Kampung

Image
Kurang lebih 3 hari lagi nak cuti sekolah bukan? Bila sebut cuti sekolah, apalah yang ada dalam pemikiran anak-anak kita ya? Main? Jalan-jalan? Kem Motivasi? Pastinya pelbagai aktiviti sudah dirangka mak-mak kan?  Untuk family Qiqi, anak-anak pastinya mereka teruja dan menghitung hari untuk pulang ke Batu Kurau. Nak melawat Tok Ma dan Tok Wan kata mereka. Sebulan sekali memang pasti kami akan cari masa dan cuba untuk pulang melawat mak abah.  Namun bila tiba cuti sekolah yang agak panjang ni pastinya anak-anak lebih seronok dan teruja. Masakan tidak, dekat kampung lah bebas nak bermain dekat luar. Di kampung juga lah seronok nak mandi kolam yang Tok Ma nya belikan. Boleh berendam berjam-jam. Habislah bil air rumah Tokmanya. hehehehe Seperti kawan-kawan yang lain juga, sebelum pulang ke kampung/ travel pastinya ada checklist yang perlu Qiqi buat supaya tidak ada barang penting yang tertinggal. Almaklum lah di kampung ada kala barang yang kita nak tidak dijual k...

Gejala dan Cara Rawat HFMD

Image
Kalau tidak salah, 3-4 bulan yang lepas gempar mengenai Penyakit Tangan Kaki dan Mulut atau dalam Bahasa Inggerisnya Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD). Memang menggemparkan lah sampai Qiqi sendiri kurangkan ke tempat terbuka, pasaraya dan juga tidak membawa anak-anak ke taman permainan. Jom kita tambah ilmu mengenai HFMD. Tak rugi tambah ilmu. Punca HFMD HFMD ialah penyakit disebabkan oleh enteovirus iaitu Coxsackie Virus A16 dan Enteovirus 71 (EV 71). Ianya boleh terkena pada semua peringkat umur tetapi golongan kanak-kanak bawah 5 tahun paling mudah terdedah dan mendapat jangkitan. 90% kes adalah melibatkan kanak-kanak 5 tahun dan kebawah. Tanda dan gejala HFMD Kebiasaannya ianya bermula dengan demam, rasa tidak sihat dan diikuti dengan kurang selera makan. Dalam sehari atatu dua hari, luka dimulut (ulser) mula timbul. Ada diantara kanak-kanak yang mengalami ruam-ruam merah pada tapak tangan dan kaki. Ruam juga boleh naik dibahagian siku, lutut, dan bahagian bawah...