Punca Ekzema dan Rawatan
Ekzema adalah salah satu masalah keradangan kulit yang berbentuk berbiji ruam merah, gatal dan kelihatan seperti melecur dan berair. Ada yang berbiji ruam sahaja, namun jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan kegatalan. Ianya kerap terjadi pada kawasan pelipat tangan, ketiak, lutut, kaki dan juga muka. Bahagian kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan berkerak. Ada sesetengah pesakit mengalami kondisi kulit seperti 'elephant skin' kerana ianya makin menebal dan kasar. Namun, walaupun kondisi kulit mereka yang alami ekzema ni agak memeritkan untuk dilihat, namun ianya TIDAK BERJANGKIT ya. Punca ekzema Punca sebenar mengenai ekzema tidak dapat disimpulkan dengan pasti namun, ini antara yang kebanyakan dibicarakan faktor penyebab ekzema: Keturunan Persekitaran (berhabuk/kering/panas/kering) Pemakanan (ada alahan pada makanan tertentu) Alah pada bahan pembersih/ minyak wangi/bahan kimia Psikologi (Stress/anxiety(Kebimbangan)/ Tanda-tanda Ekzema ...