Posts

Showing posts with the label mandi lemon

Tips Rawat Bayi Demam Tanpa Ubat

Image
Demam adalah tindak balas biasa badan terhadap sebarang jangkitan bakteria mahupun virus. Ia bukanlah sesuatu penyakit tetapi gejala yang selalu terjadi menandakan seseorang mempunyai jangkitan kuman atau virus. Demam boleh menyerang tak kira umur. Dari sekecil bayi sehingga kita yang dewasa ini pun boleh hadapi demam. Cumanya kekerapan kita demam itu sahaja yang berlainan. Suhu badan normal ialah 36.5-37.2⁰C. Sekiranya melebihi tahap suhu ini, anda disahkan demam.  Punca demam Antara punca-punca demam ialah: Jangkitan virus penyebab selsema, sakit tekak, cirit birit. Jangkitan kuman di paru-paru (pneumnia, batuk kering (tb), dan jangkitan saraf (meningitis) Ubat seperti antibiotik dan sebagainya Rawatan demam Jangkitan ringan selalunya akan kembali pulih dengan sendirinya kerana sistem imunisasi berjaya melawan jangkitan tersebut. Umur paling mudah terkena demam ialah bayi yang berumur bawah 2 tahun. Ketika umur ini sistem imun mereka masih lemah. D...