Posts

Showing posts with the label kesihatan

Cara Mencegah Asthma Pada Bayi

Image
Semput, sukar bernafas seringkali berlaku kepada bayi dan juga kanak-kanak. Semput atau nama penyakit sebenarnya,Bronkitis adalah keradangan atau bengkak tiub bronkus (bronchi), saluran udara antara mulut dan hidung dan paru-paru.  Lebih khusus lagi, bronkitis menggambarkan keadaan di mana lapisan tiub bronkial menjadi meradang. Individu yang mempunyai penyakit Bronkitis mempunyai keupayaan yang kurang untuk menghirup udara dan oksigen ke dalam paru-parunya. Mereka juga tidak dapat membersihkan mukus atau kahak yang lebat dari saluran udara mereka. Bronkitis ini menyerang tidak kira usia dewasa mahupun kanak-kanak. Namun, bayi dan kanak-kanak antara golongan yang paling mudah dijangkiti Bronkitis ini. Ini kerana mereka sukar dan tidak boleh untuk membuang mukus sendiri. Dan kebanyakan bayi sendiri masih belum sepenuhnya matang dengan organ mereka. Organ mereka sendiri masih amat sensetif dan mudah untuk dijangkiti. Bronkitis boleh disebabkan oleh virus, bakteria, dan za...

Tips Rawat Bayi Demam Tanpa Ubat

Image
Demam adalah tindak balas biasa badan terhadap sebarang jangkitan bakteria mahupun virus. Ia bukanlah sesuatu penyakit tetapi gejala yang selalu terjadi menandakan seseorang mempunyai jangkitan kuman atau virus. Demam boleh menyerang tak kira umur. Dari sekecil bayi sehingga kita yang dewasa ini pun boleh hadapi demam. Cumanya kekerapan kita demam itu sahaja yang berlainan. Suhu badan normal ialah 36.5-37.2⁰C. Sekiranya melebihi tahap suhu ini, anda disahkan demam.  Punca demam Antara punca-punca demam ialah: Jangkitan virus penyebab selsema, sakit tekak, cirit birit. Jangkitan kuman di paru-paru (pneumnia, batuk kering (tb), dan jangkitan saraf (meningitis) Ubat seperti antibiotik dan sebagainya Rawatan demam Jangkitan ringan selalunya akan kembali pulih dengan sendirinya kerana sistem imunisasi berjaya melawan jangkitan tersebut. Umur paling mudah terkena demam ialah bayi yang berumur bawah 2 tahun. Ketika umur ini sistem imun mereka masih lemah. D...

5 Cara Hilangkan Sembelit Bayi

Image
Sembelit. Sembelit adalah suatu keadaan kekerapan membuang air besar adalah berkurang dari biasa. Dan jika terhasilnya najis, najisnya keras dan sangat sedikit. Sembelit tidak terjadi hanya pada orang dewasa sahaja, malah bayi dan kanak-kanak juga mempunyai potensi yang sama juga terkena sembelit.  Bagi bayi dan kanak-kanak ini pastinya sesuatu yang membuatkan mereka berasa tidak selesa dan juga memberi pengalaman yang tidak enak kepada meraka. Kekerapan bayi membuang air besar adalah berbeza mengikut faktor umur dan cara penyusunnya iaitu: a) Bayi menyusu badan sepenuhnya : Buang air besar setiap hari dan normal ju jika sekali dalam 7 hari. b) Bayi minum susu formula : Setiap hari sebaiknya. Tanda-tanda anak sembelit 1) Kerap meragam Bayi akan meragam sekiranya mereka tidak selesa perut. Menangis, merengek antara yang bakal terjadi apabila sembelit. 2) Takut untuk ke membuang air besar Apabila sembelit pastinya rasa sakit dan susah untuk membuang ai...

Durian Punca Flare Ekzema?

Image
Durian oooohhh Durian. Siapa lah yang tak minat durian kan? Ramai je kan peminat durian? Termasuk lah tukang tanya ni ha. Qiqi pon antara geng yang minat durian ooo. Asal musim durian je mesti kalut nak balik kampung nak rasa durian pokok arwah tok. Kalau tiada pon mesti ada beli juga, habuan merasa . Dalam keluarga kecil kami ni alhamdulillah semua pakat minat durian. So, kalau setakat beli 3-4 biji tu tak risau la kalau tak habis. Confirm habis punya. Actually awal-awal musim durian baru ni, Qiqi tertanya-tanya juga lepas ke kalau Qiqi makan durian, risau naik 'flare' pada si Alina. Yelah kan, durian ni boleh tahan manis juga. Selalunya yang manis-manis ni mudah je naik flarenya. Durian pokok mak, gebus-gebus isinya muma wey Memang kalau ikutkan tak nak sentuh dah durian musim kali ni. Tapi, ada terbaca 1 coach ekzema ni kabor, Durian ni pass je kalau anak ekzema makan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Tak fikir banyak dah, memang makan la du...

Punca dan Cara Rawat Ulser Mulut

Image
Hampir setiap bulan Qiqi akan mengalami masalah Ulser Mulut ni. Dan hampir setiap bulan juga lah perlu menahan sakit bila diserang ulser ni. Sakitnya bukan biasa-biasa ya. Hampir bersamaan seperti sakit gigi peritnya menahan tu. Apa itu Ulser Mulut? Ulser mulut adalah luka kecil yang terjadi pada bahagian dalam mulut. Sangat menyakitkan sekiranya kena dan mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Adakalanya hampir seminggu juga baru baik.Kebiasaannya ia memiliki permukaan yang lebih cerah berbanding permukaan mulut yang biasa. Terdapat 3 jenis ulser yang yang kerap kali terjadi iaitu: Kecil Besar Herpetiform Pengelasan ini biasanya berdasarkan rupa, nombor, saiz, lokasi dan tempoh masa untuk sembuh. Kecil Jenis paling biasa ditemui.  Saiz ulser : Kebiasaanya lebih kecil daripada 5mm diameter dan biasanya 1-5 ulser boleh terjadi pada waktu yang sama. Tempoh sembuh: Dalam tempoh 14 hari tanpa sebarang parut.  Lokasi kerap terjadi: Permukaan dalam pip...

Tips Minum Air Gula Tanpa Muntah

Image
Saat paling gembira bagi wanita yang sudah berkahwin adalah ketika dikhabarkan dengan berita paling mengembirakan iaitu apabila disahkan doktor bahawa dirinya telah mengandung/ hamil. Manakan tidak, ada pasangan yang hanya menunggu sebulan ke dua bulan selepas pernikahan untuk menerima berita gembira ini. Manakala ada pasangan yang menanti berita gembira ini selama 5 tahun bahkan ada yang menanti sehingga 10 tahun! Biar pun pendek atau panjang tempoh anda menunggu berita gembira ini, sesungguh Allah lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk kita menerima amanah Allah ini. Anak bukan hanya 1 kebanggaan, tetapi sesuatu amanah yang tak boleh kita pandang enteng. Pengalaman Minum Air Gula Berbalik kepada kisah mengandung ini, pastinya kini ibu-ibu yang mengandung/ hamil kini tidak boleh lari dari minum air gula diklinik. Macam Qiqi sejujurnya semasa hamil anak pertama, terlepas dari kena minum air gula ni. Tapi, bila mengandungkan anak kedua dan ketiga memang nak ta...