Posts

Showing posts from June, 2013

SeLaMAt UlaNg TahUN PerTAMA sayanG!!!!

Image
Assalamualaikum dan selamat pagi. Syukur Alhamdulillah masih lagi diberi ruang untuk bernafas di muka bumi ALLAH ini. Syukur ke hadrat Ilahi juga masih berkesempatan melihat puteri kesayangan ku membesar sempurna walaupun berjauhan.. Masih segar lagi dalam ingatan, tarikh yg sama, 19 June 2012. Sekitar jam 6 pagi lagi kami dah dikejutkan untuk bersiap-siap. Kalau diikutkan 6 orang yang bakal terlibat dalam pembedahan. Untuk Qiqi, Qiqi orang yg kedua yang bakal dibedah pada pagi tu.. Dalam jam 8.00 pagi orang pertama untuk dibedah dibawa ke bilik pembedahan. Waktu tengok akak tu yg kena bawa dulu, memang seram sejuk da rasa. Mak, Abah, Suami belum sampai lagi. Memang keseorangan waktu ni. Lebih kurang setengag jam selepas akk tu pergi, Qiqi lak disuruh menaiki katil yg telah mereka sediakan. Waktu ni memang terasa sangat2 risau tapi kuatkan juga semangat untuk baby yg de dlm perut ni. Qiqi diminta memakai hair net, buka tali belakang baju untuk pembedahan nanti.Dalam 5 minit gitu