Posts

Showing posts with the label kisah seram

Amalan di Malam Jumaat

Image
Kita dulu masa kecil seringkali dimomokkan rakan dengan malam berhantu kan tiap kali tiba malam Jumaat? Selalunya tiap kali Malam Jumaat memang seram je rasa. Dulu pula drama yang berhantu ditayang pada Malam Jumaat. Selari sangat la dengan apa yang dikata dan disiar. Budak-budak kan, memang percaya sebijik-sebiji. Tapi bila dah meningkat dewasa, dah jadi mak-mak ni baru la tersedar tu hanya usikan, gurauan. Sepatutnya kita bila tiba malam jumaat lagi banyak la amalan kita patut buat menjelang ke Hari Jumaat, penghulu segala hari kan. Apa je amalan yang boleh kita lakukan pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat? Bagi wanita: 1) Membaca surah Yassin dimalam Jumaat 2) Boleh mula baca surah Al Kahfi (almaklum agak panjang juga surahnya kan) 3) Zikir 4) Banyakkan bersedekah 5) Lebihkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.a.w Bagi lelaki: 1) Mandi, wangikan diri untuk ke Solat Jumaat 2) Memotong kuku, mencukur. 3) Datang awal ke masjid, dirikan solat sunat Tahiyyatul masjid 4)...

SeRaM...

Image
Di suatu pagi yang hening lagi sunyi, sedang enak diulit mimpi, tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang amat mengejutkan.Kriukkkkkkk……Seakan memanggil-manggil diriku untuk terus menerjah ke arah bunyi itu. Walaupun dalam keadaan malas yang teramat sangat kerana di ulit mimpi, namun, aku terpaksa jua bangun untuk memastikan bunyi apakah yang sedang bermaharaja lela disana. Dengan berat hati dan malasnya, daku bangun jua kerana bunyi itu seakan-akan memaksa-maksa untuk aku membuka mata yang comel ini. Dengan perlahan-lahan, daku buka kelopak mataku. Namun pabila daku buka mata, daku ternampak satu lembaga, putih badannya, namun kakinya,tidak pula tergambar ketika itu. Aku cuba perhati kembali lembaga itu, namun dengan renungan tajam lembaga itu merenung aku kembali. Kaget dan terkejut daku ketika itu..Bagai nak luruh jantungku saat itu. Namun, dikala daku terkejut yang teramat sangat itu, daku terdengar satu suara lagi. Namun, yang mengherankan, suara tu suara lelaki. Hurm..jarang antu-ant...