Amalan di Malam Jumaat

Kita dulu masa kecil seringkali dimomokkan rakan dengan malam berhantu kan tiap kali tiba malam Jumaat?

Selalunya tiap kali Malam Jumaat memang seram je rasa. Dulu pula drama yang berhantu ditayang pada Malam Jumaat. Selari sangat la dengan apa yang dikata dan disiar. Budak-budak kan, memang percaya sebijik-sebiji.

Tapi bila dah meningkat dewasa, dah jadi mak-mak ni baru la tersedar tu hanya usikan, gurauan. Sepatutnya kita bila tiba malam jumaat lagi banyak la amalan kita patut buat menjelang ke Hari Jumaat, penghulu segala hari kan.

Apa je amalan yang boleh kita lakukan pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat?

Bagi wanita:
1) Membaca surah Yassin dimalam Jumaat
2) Boleh mula baca surah Al Kahfi (almaklum agak panjang juga surahnya kan)
3) Zikir
4) Banyakkan bersedekah
5) Lebihkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.a.w

Bagi lelaki:
1) Mandi, wangikan diri untuk ke Solat Jumaat
2) Memotong kuku, mencukur.
3) Datang awal ke masjid, dirikan solat sunat Tahiyyatul masjid
4) Dengar Khutbah Jumaat dan dirikan solat Jumaat

Jom rebut peluang untuk lipat gandakan lagi pahala kita. Dunia bukan tempat untuk berehat. Pulun selagi daya.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN