Posts

Showing posts from May, 2019

Ayden Mikael Pelakon Cilik Pujaan Hati Kanda Pengguna Setia Tasneem Naturel

Image
Masih ingatkah lagi ibu-ibu dengan si comel yang pernah menjadi igauan acik-acik 1 Malaysia? Iqy atau nama sebenarnya Ayden Mikael pernah berlakon dalam drama popular sebelum ini iaitu Pujaan Hati Kanda yang turut dibintangi oleh Remy Ishak dan juga Mira Filzah. Mika disamping pelakon utama Pujaan hati Kanda,  iatu Mira Filzah dan Remy Ishak Kalau ibu-ibu nak tahu, Mika nama manja yang dipanggil ibunya adalah antara pelanggan tetap kami di Tasneem Naturel tau. Perkenalan ibu Mika dengan Tasneem Naturel bermula apabila ibunya terpandang billboard di sekitar Jalan Duta. Kebetulan waktu itu Mika @ Iqy ni memang kerap mengalami masalah kembung perut. Bak kata orang lama, 'bagai pucuk dicita, ulam mendatang'. Ibunya mencuba salah satu produk kami iaitu T Rub balm yang sememangnya diformulasi khas untuk membantu masalah kembung perut, sembelit, cirit birit, loya dan yang berkaitan dengan masalah pembuangan. Jom ikuti perkongsian pengalaman dari ibu Mika sendiri Dan sy

Tips Berpuasa Bertenaga untuk Ibu Menyusu

Image
Pejam celik, pejam celik sudah masuk 4 Ramadhan pun harini. Ahlan wasahlan Ya Ramadhan. Alhamdulillah masih lagi diberi ruang masa dan peluang untuk kita bertemu dengan Ramadhan tahun ini.  Dari sekecil kanak-kanak sehinggalah mereka yang diusia emas turut serta bersama-sama berpuasa dan meraikan bulan Ramadhan yang mulia dan penuh baraqah ini. Banyak rahmat dan berkat yang Allah kurniakan didalam bulan Ramadhan ini.  Antara kelebihan dibulan Ramadhan ni adalah: Segala pintu syurga dibuka luas khas untuk hamba-hambanya.  Manakala segala pintu neraka ditutup rapat dibulan yang mulia ini. Pahala yang berlipat ganda Malam 1001 bulan Perisai dari seksaan Doa mustajab (mudah diterima) Diampuni dosa yang lalu Beroleh kegembiraan berganda Namun disebalik keriangan, kegembiraan menyambut Ramadhan, ada juga golongan ibu-ibu yang gusar menghadapi Ramadhan. Terutama bagi ibu-ibu yang menyusu. Bukan tak nak berpuasa tapi risau akan kekurangan susu, mahupun tidak bertenaga un