Ayden Mikael Pelakon Cilik Pujaan Hati Kanda Pengguna Setia Tasneem Naturel

Masih ingatkah lagi ibu-ibu dengan si comel yang pernah menjadi igauan acik-acik 1 Malaysia? Iqy atau nama sebenarnya Ayden Mikael pernah berlakon dalam drama popular sebelum ini iaitu Pujaan Hati Kanda yang turut dibintangi oleh Remy Ishak dan juga Mira Filzah.

Mika disamping pelakon utama Pujaan hati Kanda,
 iatu Mira Filzah dan Remy Ishak

Kalau ibu-ibu nak tahu, Mika nama manja yang dipanggil ibunya adalah antara pelanggan tetap kami di Tasneem Naturel tau. Perkenalan ibu Mika dengan Tasneem Naturel bermula apabila ibunya terpandang billboard di sekitar Jalan Duta. Kebetulan waktu itu Mika @ Iqy ni memang kerap mengalami masalah kembung perut.

Bak kata orang lama, 'bagai pucuk dicita, ulam mendatang'. Ibunya mencuba salah satu produk kami iaitu T Rub balm yang sememangnya diformulasi khas untuk membantu masalah kembung perut, sembelit, cirit birit, loya dan yang berkaitan dengan masalah pembuangan.

Jom ikuti perkongsian pengalaman dari ibu Mika sendiri

Dan syukur alhamdulillah, asbab T Rub Balm, kini Mika jarang sangat kena kembung perut. Asal disapu T Rub pada Mika pastinya akan dengar sicomel tu kentut-kentut. Bak kata ibunya, "Puas bila dengar Mika kentut-kentut".

Bila anaknya kurang selesa ataupun sembelit, ibunya akan sapu juga pada Mika. Dan alhamdulillah, Mika dan T Rub berpisah tiada. Hehehe. Yang paling penting bagi ibu Mika ialah nak mencari yang serasi dan terbaik untuk sianaknya.

Antara balm yang digunakan oleh Mika, T Rub dan Calm Time Balm
 

Bukan T Rub saja mommy dia kerap guna tau. Calm Time juga kerap kali digunakan pada Mika. Biasalah kan, budak baya-baya gini kerap dan mudah untuk tantrum. Tambahan pula Mika kerap di set. Nak tak nak, memang Calm Time perlu dibawa kemana sahaja. Tapi yang paling penting, kesannya. Mika akan lebih tenag dan relax selepas disapu Calm Time balm.

Mika, bergaya bersama Baby Spa Set dan juga Sleep Pillow Mist
ketika turun ke Tasneem naturel HQ

Untuk pengetahuan umum, T Rub dan juga balm-balm Tasneem yang lain diformulasi khas dan sesuai untuk penggunaan bayi seawal 'newborn baby'. Ianya tidak panas, tidak melekit dan pastinya sangat-sangat selesa dan wangi bila dipakai. Jadi, ibu-ibu pun turut selesa dan suka nak cium bau simanja walaupun selepas disapu balm.


Tak percaya? Jom rasai kelainan balm Tasneem Naturel. Klik SINI untuk maklumat lanjut

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN