TIPS PENJAGAAN ANAK EKZEMA
Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat gais. Alhamdulillah harini berpeluang lagi kita untuk bernafas dan memberi manfaat kepada orang lain. Semoga kita dapat terus memberi tanpa mengharapkan balasan. Anugerah Allah yang ketiga diberikan kepada Qiqi kali ni menghidap Ekzema. Pertama kali anak Qiqi disahkan menghidap ekzema tika umur 2-3 bulan. Masa tu kami ingatkan ruam susu biasa sahaja. Namun bila cuba krim yang diberi doktor tidak pun sembuh-sembuh juga, malah makin berair, makanya memang d isahkan ianya Ekzema. APA ITU EKZEMA Ekzema ialah sejenis keradangan kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. B iasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). PUNCA BERLAKU EKZEMA ...