Posts

Showing posts from August, 2019

New Baby Range Produk Bayi Terbaik

Image
Setiap ibu bapa pastinya hendakkan yang terbaik untuk anaknya. Apatah lagi ibu bapa yang menantikan kelahiran cahaya mata yang pertama. Pastinya akan mencari dan menyediakan yang terbaik untuk bayi pertama mereka. Umum ketahui kan kulit simanja sangat-sangat sensetif. Salah pilih produk pastinya akan membuatkan kulit anak merengsa dan memberi kesan kepada bayi dan juga mata yang melihat. Dan kini minda ibu bapa juga semakin terbuka dan menginginkan produk yang selamat untuk simanja. Terpanggil dengan keterbukaan ibu bapa mengenai produk yang tanpa bahan kimia berbahaya, selamat Tasneem Naturel telah melancarkan 10 rangkaian produk bayi Terbaik di Malaysia. Rangkaian produk ini terdiri daripada mandian bayi, pelembap kulit bayi, 'hand santizer, minyak urutan bayi, pencuci botol dan puting susu bayi, spray penghalau serangga, pencuci mainan bayi dan juga spray untuk memudahkan bayi tidur. Kleenzy Pencuci Puting dan Botol Susu Terbaik Bayi sangat mudah terdeda

Cara Mencegah Asthma Pada Bayi

Image
Semput, sukar bernafas seringkali berlaku kepada bayi dan juga kanak-kanak. Semput atau nama penyakit sebenarnya,Bronkitis adalah keradangan atau bengkak tiub bronkus (bronchi), saluran udara antara mulut dan hidung dan paru-paru.  Lebih khusus lagi, bronkitis menggambarkan keadaan di mana lapisan tiub bronkial menjadi meradang. Individu yang mempunyai penyakit Bronkitis mempunyai keupayaan yang kurang untuk menghirup udara dan oksigen ke dalam paru-parunya. Mereka juga tidak dapat membersihkan mukus atau kahak yang lebat dari saluran udara mereka. Bronkitis ini menyerang tidak kira usia dewasa mahupun kanak-kanak. Namun, bayi dan kanak-kanak antara golongan yang paling mudah dijangkiti Bronkitis ini. Ini kerana mereka sukar dan tidak boleh untuk membuang mukus sendiri. Dan kebanyakan bayi sendiri masih belum sepenuhnya matang dengan organ mereka. Organ mereka sendiri masih amat sensetif dan mudah untuk dijangkiti. Bronkitis boleh disebabkan oleh virus, bakteria, dan zarah

Tips Rawat Bayi Demam Tanpa Ubat

Image
Demam adalah tindak balas biasa badan terhadap sebarang jangkitan bakteria mahupun virus. Ia bukanlah sesuatu penyakit tetapi gejala yang selalu terjadi menandakan seseorang mempunyai jangkitan kuman atau virus. Demam boleh menyerang tak kira umur. Dari sekecil bayi sehingga kita yang dewasa ini pun boleh hadapi demam. Cumanya kekerapan kita demam itu sahaja yang berlainan. Suhu badan normal ialah 36.5-37.2⁰C. Sekiranya melebihi tahap suhu ini, anda disahkan demam.  Punca demam Antara punca-punca demam ialah: Jangkitan virus penyebab selsema, sakit tekak, cirit birit. Jangkitan kuman di paru-paru (pneumnia, batuk kering (tb), dan jangkitan saraf (meningitis) Ubat seperti antibiotik dan sebagainya Rawatan demam Jangkitan ringan selalunya akan kembali pulih dengan sendirinya kerana sistem imunisasi berjaya melawan jangkitan tersebut. Umur paling mudah terkena demam ialah bayi yang berumur bawah 2 tahun. Ketika umur ini sistem imun mereka masih lemah. Dan k

5 Cara Hilangkan Sembelit Bayi

Image
Sembelit. Sembelit adalah suatu keadaan kekerapan membuang air besar adalah berkurang dari biasa. Dan jika terhasilnya najis, najisnya keras dan sangat sedikit. Sembelit tidak terjadi hanya pada orang dewasa sahaja, malah bayi dan kanak-kanak juga mempunyai potensi yang sama juga terkena sembelit.  Bagi bayi dan kanak-kanak ini pastinya sesuatu yang membuatkan mereka berasa tidak selesa dan juga memberi pengalaman yang tidak enak kepada meraka. Kekerapan bayi membuang air besar adalah berbeza mengikut faktor umur dan cara penyusunnya iaitu: a) Bayi menyusu badan sepenuhnya : Buang air besar setiap hari dan normal ju jika sekali dalam 7 hari. b) Bayi minum susu formula : Setiap hari sebaiknya. Tanda-tanda anak sembelit 1) Kerap meragam Bayi akan meragam sekiranya mereka tidak selesa perut. Menangis, merengek antara yang bakal terjadi apabila sembelit. 2) Takut untuk ke membuang air besar Apabila sembelit pastinya rasa sakit dan susah untuk membuang air be

Cara Mengawal Marah Pada Anak

Image
Sejujurnya menjadi ibu bapa ini tidak mudah. Pelbagai cubaan dan dugaan bakal dan akan kita tempuhi bila punya anak.  Sewaktu awal kelahiran mereka dulu, kita lah yang paling excited kan? Macam-macam nak explore. Almaklum lah anak sulung. Itu nak cuba, ini nak buat Namun, bila anak makin bertambah, suasana pastinya berlainan. Almaklum,  masing-masing punya ragam tersendiri kan? Kita sebagai ibu ayah beranak 2-3 ni mula lah rasa lain macam. Sekali dua dihalang, tak mau dengar ok lagi. Bila dah makin berlarutan pasti selalu yang sulung la dipersalahkan. Walhal adakalahnya bukan berpunca dari dia pun. Qiqi pun tak terkecuali dalam menghadapi situasi begini. Awal-awal dulu, ketika anak kedua dilahirkan, memang Qiqi akui anak yang sulung tu kerap kena marah atau dipersalahkan. Walaupun sebenarnya bukan berpunca dari dia pun. Kita mak-mak ni kan, bila letih emosi dan fizikal cepat saja lah melentingnya. Tapi sejak terbaca artikel mengenai keadaan sebegini, Qiqi tersedar. Salah sa