Posts

Showing posts from January, 2019

CARA MENGESAN PENYAKIT TIBI

Image
PENYAKIT TIBI Apa itu penyakit TIBI?  Penyakit Tibi ialah sejenis penyakit berjangkit disebabkan oleh kuman "Mycobacterium Tuberculosis" (Kuman TB). Kebanyakkan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana kuman-kuman Tibi akan terpendam dan aktif di dalam badan seseorang. Akan tetapi jika sistem pertahanan badan seseorang itu menurun, Tibi menjadi aktif dan menjadikan seseorang itu menghidapi penyakit Tibi. Seperti demam selesema, penyakit tibi boleh berjangkit melalui udara. Hanya mereka yang menghidap penyakit tibi boleh menjadi punca jangkitan kepada orang lain. Pesakit yang dijangkiti oleh penyakit tersebut akan membekalkan kuman tibi di udara apabila mereka batuk, bersin, bercakap dan meludah. Sesiapa sahaja yang menyedut udara yang telah dicemari oleh kuman tibi berkenaan walaupun sedikit mereka boleh terkena jangkitan penyakit tersebut. Kuman tersebut dinamakan Mycobecteriam Tuberculosis. Penghidap yang dijangkiti boleh menjadi pe

RESEPI WADAI KIPENG

Image
Baru-baru ni Qiqi ada terjebak buat Bubur version orang Banjar yang dipanggil "Wadai Kipeng" yang membawa makna Kuih Keping.. Wadai= Kuih, Kipeng=Keping. Actually bubur la kan cuma mungkin dah sebutan panggil gitu kan. Heee First time rasa Wadai Kipeng ni masa mak mertua baru masuk rumah nya yang baru. Zaman tu tak kahwin lagi la. Masih dalam tempoh perkenalan lagi. Heee.. Mula-mula rasa memang pelik. Yelah, first time kan. Tapi ni dah dekat 8 tahun kut kahwin dengan orang Banjar, confirm-confirm la kerap jumpa je dengan Wadai Kipeng ni. Baru-baru ni biras ada bagi bekalan Wadai Kipeng hasil rewang dirumahnya. Ku sangkakan anak-anak tak minat. Bak kata orang tua, 'Tak kenal maka tak cinta'. Sekali dah cuba sampai tak cukup-cukup la. Berebut pun ye juga. Hahaha. Makanya dengan beberapa bekalan yang ada hasil pertanyaan dan saranan mak mertua dan hasil carian di Google juga maka mamanya memberanikan diri buat "Wadai kipeng" RESEPI WADAI KIPENG Doh

TIPS PENJAGAAN ANAK EKZEMA

Image
Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat gais. Alhamdulillah harini berpeluang lagi kita untuk bernafas dan memberi manfaat kepada orang lain. Semoga kita dapat terus memberi tanpa mengharapkan balasan. Anugerah Allah yang ketiga diberikan kepada Qiqi kali ni menghidap Ekzema. Pertama kali anak Qiqi disahkan menghidap ekzema tika umur 2-3 bulan. Masa tu kami ingatkan ruam susu biasa sahaja. Namun bila cuba krim yang diberi doktor tidak pun sembuh-sembuh juga, malah makin berair, makanya memang d isahkan ianya Ekzema. APA ITU EKZEMA Ekzema ialah sejenis keradangan kulit  disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ekzema  selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak. B iasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). PUNCA BERLAKU EKZEMA Pelbag

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN

Image
Tahukah korang fungsi KUNYIT selain dari digunakan untuk masakan? Selalu paling kita kerap jumpa orang tua-tua gunakan kunyit tika baby ataupun budak selsema je kan? Tapi sebenarnya ada kegunaan lain yang kita boleh manfaatkan KUNYIT selain dari MASAKAN dan juga rawatan SELSEMA. Ha, apakah kegunaannya? Anak-anak ada naik bintik merah tak? Belum lagi ye. Takpa, simpan rapat-rapat info ni. Mana tahu 1 hari nanti ianya amat berguna untuk kita kan. Jika kita atau anak-anak kita alami bintik-bintik merah yang menyebabkan gatal-gatal ataupun pedih, ambil sepotong kunyit, parut kunyit dan campurkan bersama kapur beserta air. Panaskan ramuan tersebut diatas api dan sejukkan. Setelah sejuk, sapukan dibahagian bengkak, gatal. Insyaallah dalam 5 minit selepas disapu, bengkak, gatal akan hilang. Jika tiada kunyit hidup, tak nak renyah-renyah jum dapatkan SKEENZ by Tasneem Naturel. Hanya buka penutup dan sapu-sapu je area yang gatal. Tak tau nak cari dimana? Boleh direct klik

WABAK RABIES MENYERANG KEMBALI!!!

Image
Kecoh di group-group wasap mengenai berita WABAK RABIES yang kembali MENYERANG! Terbaru ni dikhabarkan, Taiping, Bukit Gantang diwartakan sebagai kawasan  rabies atau anjing gila berikutan empat sampel diambil mendapati ia positif wabak berkenaan.  Ini kali ke 2 daerah Larut Matang Selama diwartakan sebagai kawasan RABIES.  Apa itu RABIES? RABIES adalah isu kesihatan awam di dunia ini. Ia adalah masalah kesihatan persekitaran yang kurang dititikberatkan di samping kurang tahap pengetahuan serta kesedaran dalam kalangan penduduk mahupun pekerja kesihatan di negara ini. Ia adalah penyakit zoonotik yang berlaku di dalam populasi haiwan liar yang membiak di kawasan pedalaman atau hutan. Jangkitan bermula apabila haiwan reservoir virus rabies menggigit atau melukakan haiwan liar lain. Haiwan reservoir tersebut adalah seperti kelawar dan serigala. Kuman rabies adalah Lyssavirus dari kumpulan Rhabdoviridae yang berbentuk seperti peluru dengan saiz 10 nanometer, berada d

KENANGAN 10 TAHUN LEPAS

Image
Semalam di Facebook mahupun Instagram masing-masing pakat throwback 10 tahun lepas. Eh, Qiqi pun tak ketinggalan nak join. Hehehe Dalam duk usha pic lama, terjumpa pula gambar bisnes masa muda mudi dulu. Bila usha-usha balik gambar dulu-dulu actually macam-macam bisnes Qiqi cuba ya. Sampai tadi pelik juga, "eh, yeke aku pernah jual benda ni?". Haaaa... sampai gitu lupa ingatan nya weh... Hahahaha... Seingat Qiqi, Qiqi bermula jual Sabun Tahan Mengantuk ke apa ntah. Tu memang lupa dah namanya. Pernah jual VCO juga tak kisah la dari Catalyst, lepas tu Treenea la pulak. Tu pun tak lama. Hehehe.. Ada juga buat Homemade Coklat, Shaklee. Eh, rasanya ada lagi tak masuk dalam list. Hehehe... Tapi jual apa-apa pun masing-masing ada cabarannya. Ada je dugaan yang mendatang. Tapi dugaan tu la yang mematangkan kita. Dan sekarang Qiqi lebih fokus dengan Tasneem Naturel iaitu jual balm baby dan juga beberapa item lagi. Korang boleh lawati kedai online Qiqi di SHOPEE ya. Boleh juga b

RESEPI BUBUR ANAK LEBAH

Image
Assalamualaikum wbt. Hai Korang. Petang-petang selalunya masyarakat kita sudah terbiasa dengan minum petang kan? Asal nak ke petang je mesti gigih la mencari menu untuk dibuat minum petang. Salah 1 menu yang korang boleh cuba ialah Bubur Anak Lebah. Ada lebah ke dalam tu? Tidak le sayang ooo. Nama saja. Yang kata macam anak lebah tu dibuat daripada tepung ubi dan tepung beras. Sebenarnya ikut resepi sebenar tepung beras dan tepung gandum. Tapi buat yang alah gluten boleh gantikan tepung gandum kepada tepung ubi kayu. Jom cekidaut bahan-bahan dan cara nya. RESEPI BUBUR ANAK LEBAH Bahan-bahan =========== Doh Anak Lebah √1 ½ cwn tepung beras √2 sb tepung ubi √1sk air kapur √Garam sedikit √Air √Daun pandan/pewarna hijau Kuahnya √ 1kotak santan √ Gula merah (masak dulu dan tapiskan √ Garam sedikit Cara-cara: 1) Uli dan jadikan doh Anak Lebah. Tak lembut dan tak terlalu keras supaya mudah untuk dilenyek. 2) Panaskan ai

PENGARANG JANTUNG HATI MAMA PAPA

Image
Sementara anak-anak dah tidur ni, mama ambil masa melarikan diri la sebentar kan mengupdate blog sebelum diganggu gugat lagi oleh Mek Alina. Heeee.. Time malam ni je mama rasa Free sikit nak update blog kome wei. Kalau tak, mama ni udah macam suster ngesot je. Ade je tukang pegang kat kaki la, badan la kan. Biasa la ada anak kecil gitu la. Sekarang mungkin kita rasa rimas dengan kebergantungan diorang pada kita. Tapi 1 hari nanti moment tu la yang akan kita rindu. Berkali-kali sebenarnya mak Qiqi ingatkan Qiqi. “Time ni la nak rasa riuh rendah bergaduh, berebut barang/mainan, bergaduh sesame sendiri, nanti dah besar pakat senyap je”. Mak kan, dah lalui dah apa yang kita tengah lalui sekarang ni. Dia ingatkan kita pun sebab tak nak kita menyesal kemudian hari. Bila dikenang balik apa yang emak kata tu, semakin hari Qiqi rasa kehilangan. Rasa menyesal pun ada kadang. Yelah kan, umur-umur gini, dengan baya anak-anak sedang membesar ni, ada kala terlepas juga amukan kita pad

RUKUN NEGARA, HAFAL KE TIDAK?

Image
Asssalamualaikum wbt. Salam Isnin korang. Pejam celik dah masuk minggu ke 3 bulan Januari dah kita kan. Macam mana peel anak-anak korang? Okay ke, ke masih banyak lagi alasan mereka bila nak ke sekolah? Macam anak-anak Qila alhamdulillah untuk harini dua beradik tu bangun dengan senyuman dan tiada alasan-alasan yang tak logik diutarakan mereka. Masing-masing dah dapat kawan masing-masing agaknya kan. Semoga mereka terus menerus beraura positif dan dapat sedut banyak ilmu yang diajar guru disekolah. Untuk harini kebetulan encik suami ada kerja diluar kawasan makanya waktu balik sekolah rendah dan ke Sekolah Agama, mamanya lah yang kena ambil dan dhantar. Syukur, Allah permudahkan urusan harini. Okay, back to tajuk, bab Rukun Negara ni. Korang rasa budak muda mudi sekarang hafal ke tidak ye? Kalau tanya Qiqi, Qiqi tak pasti la sangat sebab jarang bergaul dengan budak-budak era sekarang ni. Cumanya sebelum ni ada tengok slot sebelum habis berita utama, ada temuramah rambang bersa

GARAM, MEMBAWA KEBAIKAN ATAU KEBURUKAN?

Image
Assalamualaikum korang. Salam Jumaat.  Harini qiqi nak share pasal GARAM. Siapa yang hari-harinya tak ditemukan dengan garam? Pastinya semua menggunakan dalam seharian kan? Cuma jumlah nya la berbeza. Ada yang sikit, ada yang sederhana  ada yang banyak. Bagi mereka yang menggunakan secara sikit dan sederhana, TAHNIAH. Tahniah kerana BIJAK mengawal pengambilan GARAM dengan BAIK sekali. APA ITU GARAM? GARAM ialah bahan yang memberi rasa masin atau dengan nama sainsnya Natrium Klorida. Ia boleh didapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau yang tersembunyi seperti   yang terdapat dalam sos, kicap, taucu, mayonis, keju, ikan masin serta serbuk dan kiub perasa. ADAKAH KITA PERLU GARAM? Garam diperluakan untuk: 1  Kawal keseimbangan cecair dalam badan 2   Membantu fungsi otot dan saraf yang sempurna 3   Membantu kekalkan tekanan darag pada tahap yang normal INGAT!!! Pengambilan GARAM BERLEBIHAN boleh meningkatkan tekanan da

7 RAHSIA BARLI YANG MUNGKIN ANDA TAK KETAHUI

Image
Assalamualaikum wbt. Salam Selasa korang. Semoga korang semua dalam lindungan Allah dan dipermudah segala urusan yang telah dirancang. Antara BARLI dan OAT, mana paling korang suka? Kalau Qiqi zaman remaja dulu berkenan benor le dengan OAT. BARLI tu boleh kira dengan jari la berapa kerap je makannya. Tu sebelum tahu khasiat barli la kan. Dah tau KHASIAT BARLI lupa terus si OAT. Hahahaha... BARLI ATAU OAT yang mana yang BERKHASIAT? Umum ketahui kedua-duanya adalah ciptaan dari ALLAH. ALLAH pastinya tidak akan cipta sesuatu dengan sia-sia. Pasti ada manfaat yang diberikan. Kedua-duanya mempunyai GI yang RENDAH iaitu 25-27. Bila GI rendah, secara automatiknya TIDAK akan sebabkan GULA DALAM DARAH NAIK selepas di makan. Namun begitu ada KHASIAT yang ADA dalam BARLI tapi TIDAK ADA dalam OAT iaitu : BOLEH MENGUATKAN SISTEM IMUN BADAN MEMBAIKI MASALAH KEKURANGAN SEL DARAH MERAH MENGUATKAN PARU-PARU dan SEKALIGUS MENGHINDARI SERANGAN ASTHMA Berdaya MENGUATKAN TULANG (elak OSTEOPO

Skeenz Balm Teman Baik Kulit Simanja

Image
Kerap kali kedengaran mengenai masalah ruam kulit melanda sikecil. Selalunya seawal usia newborn akan timbul ruam-ruam merah pada pipi, mahupun peha simanja bukan? Selalunya ruam timbul apabila bayi berada dalam keadaan panas, berpeluh yang tidak lap. Jika dibiarkan , ianya boleh mengakibatkan ketidakselesaan kepada simanja dan seterusnya akan membuatkan simanja menggaru kulitnya. Dan ada diantara mereka yang sampai melecet. Pasti menyakitkan bukan? Dimasa kini ibu bapa sudah terbuka akan mindanya untuk menggunkan barangan bayi yang berasaskan semulajadi dan selamat padi bayi seawal usia newborn. Lebih selamat, lebih mesra bayi dan pastinya berkesan. Apakata kalian cuba Skeenz Balm. Skeenz Balm berasaskan minyak pati tumbuhan yang mana ianya tiada bahan kimia dan sangat bagus untuk kulit bayi. Ramai ibu bapa diluar sana menggunkan Skeenz Balm untuk simanja yang ada masalah berikut: Ruam susu Ruam lampin Gatal akibat gigitan serangga Kulit sensetif Ekzema