5 Cara Hilangkan Sembelit Bayi
Sembelit. Sembelit adalah suatu keadaan kekerapan membuang air besar adalah berkurang dari biasa. Dan jika terhasilnya najis, najisnya keras dan sangat sedikit. Sembelit tidak terjadi hanya pada orang dewasa sahaja, malah bayi dan kanak-kanak juga mempunyai potensi yang sama juga terkena sembelit. Bagi bayi dan kanak-kanak ini pastinya sesuatu yang membuatkan mereka berasa tidak selesa dan juga memberi pengalaman yang tidak enak kepada meraka. Kekerapan bayi membuang air besar adalah berbeza mengikut faktor umur dan cara penyusunnya iaitu: a) Bayi menyusu badan sepenuhnya : Buang air besar setiap hari dan normal ju jika sekali dalam 7 hari. b) Bayi minum susu formula : Setiap hari sebaiknya. Tanda-tanda anak sembelit 1) Kerap meragam Bayi akan meragam sekiranya mereka tidak selesa perut. Menangis, merengek antara yang bakal terjadi apabila sembelit. 2) Takut untuk ke membuang air besar Apabila sembelit pastinya rasa sakit dan susah untuk membuang ai...