Posts

Showing posts with the label susah tidur

Cara Tidurkan Bayi di Waktu Siang

Image
Bayi mahupun kanak-kanak pastinya mereka mempunyai dunia mereka sendiri kan? Temasuklah kita yang dewasa ni. Ada sahaja aktiviti yang mereka akan buat dan lalui. Hari-hari yang berlalu pastinya sedikit sebanyak mempunyai perbuatan berulang dan juga pastinya ada kelainan juga. Ada hari ceria, maka cerialah ibunya. Tapi bila ada hari yang kurang ceria, meragam pastinya hati ibunya juga tidak tenang. Ada 1-2 pujukan dah berjaya buat simanja diam dan tersenyum. Namun, adakalanya dengan ibunya sekali boleh menangis berjemaah dengan si anak. Hehehe.. Itulah uniknya hubungan ibu dengan anak kan. Yang pastinya kedua ini tak dapat dipisanhkan. Bayi atau anak-anak ini emosinya akan ceria, bahagia bila mereka mempunyai tidur yang cukup. Tak percaya? Cuba ibu ayah biarkan simanja 1 hari tidak tidur dan perhatikan moodnya. Adakah ceria, aktif? Pastinya lebih kepada muram, kerap meragam dan juga menangis. Namun jika kita pastikan tidur dan rehatnya cukup, bagaimana pula emosinya? ...

Ikhtiar Masalah Susah Tidur Dengan Sleep Pillow Mist Spray

Image
Tidak kira tua atau muda, kecil atau besar pastinya ada sahaja yang mengalami masalah susah tidur kan? Kalau si anak kecil pastinya mereka lebih seronok meluangkan masa bermain sehingga sanggup menahan mata dari tidur. Adakala nak dibedung baru boleh tidur. Kadang kala biar begitu pun tak menjadi juga.  Orang dewasa pula serangkali berlaku masalah keletihan melampau dan adakalnya berlaku perubahan hormon pada seseorang. Semua ini mengundang kepada masalah susah untuk tidur malam. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak lena. Sudahnya, sedar-sedar dah pagi dan perlu memulakan hari baru. Banyak kesan negatif yang boleh terkesan pada diri seseorang sekiranya mereka ini tidak cukup tidur ataupun tidak mendapat tidur yang berkualiti, antaranya: Tidak produktif Badan lesu Mudah marah Cepat terasa Mata lesu Mudah meragam/ buat hal Tantrum Tidak aktif seperti biasa Tahukah anda, mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti sangat-sangat bagus? Selain dari memberi ...

10 Tips Tidurkan Bayi dengan Mudah

Image
"Intan, kenapa nampak lesu sangat semenjak dua menjak ni?' Persoalan ni kerap kali didengar Intan semenjak baru masuk kerja ni. Masakan tidak, boleh dikata setiap hari Intan terpaksa berjaga malam melayan kerenah sikecilnya. Sudah lah berjaga malam, pagi-pagi perlu bangun awal untuk siapkan keperluan suami dan anak. Runsing, pening, serabut bila menginjak ke waktu malam. Masakan tidak, orang lain bila malam dapat berehat tenang tapi Intan tidak. Sentiasa dalam mood standby sekiranya anaknya meragam, ajak bermain di tengah malam.  Anda ada masalah yang sama macam Intan? Jika anda berminat untuk mempelajari beberapa tips tidur bayi yang baru lahir, maka anda berada di tempat yang betul.  Tahukah anda, apabila bayi anda tidur lebih baik, anda akan melihat bayi yang lebih sabar, lebih toleran, lebih ceria selepas rehat malam yang baik atau tidur berkualiti. Tidak pernah terlambat untuk memupuk tabiat tidur yang sangat baik semenjak dari bayi kerana akh...