Ikhtiar Masalah Susah Tidur Dengan Sleep Pillow Mist Spray

Tidak kira tua atau muda, kecil atau besar pastinya ada sahaja yang mengalami masalah susah tidur kan? Kalau si anak kecil pastinya mereka lebih seronok meluangkan masa bermain sehingga sanggup menahan mata dari tidur. Adakala nak dibedung baru boleh tidur. Kadang kala biar begitu pun tak menjadi juga. 



Orang dewasa pula serangkali berlaku masalah keletihan melampau dan adakalnya berlaku perubahan hormon pada seseorang. Semua ini mengundang kepada masalah susah untuk tidur malam. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak lena. Sudahnya, sedar-sedar dah pagi dan perlu memulakan hari baru.



Banyak kesan negatif yang boleh terkesan pada diri seseorang sekiranya mereka ini tidak cukup tidur ataupun tidak mendapat tidur yang berkualiti, antaranya:


  • Tidak produktif
  • Badan lesu
  • Mudah marah
  • Cepat terasa
  • Mata lesu
  • Mudah meragam/ buat hal
  • Tantrum
  • Tidak aktif seperti biasa

Tahukah anda, mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti sangat-sangat bagus? Selain dari memberi kesegaran kepada tubuh badan kita, tidur yang mencukupi juga mampu memberi kesan:

  1. Otak yang cergas (mudah mengingati apa yang dibelajar)
  2. Kadar denyutan jantung yang lebih stabil
  3. Pembuangan sisa toksin yang lebih berkesan
  4. Dapat mengurangkan risiko kanser
  5. Keceriaan sepanjang hari

Banyak lagi sebenarnya kelebihan mendapat tidur yang cukup ni. Next entry Qiqi akan share kan dengan korang ye. 

Baiklah, berbalik kepada permasalah sukar tidur ni, pastinya pelbagai cara telah diusahakan oleh mak ayah kan sekiranya mempunyai anak yang susah untuk tidur malam? Ubah jadual tidur, waktu bermain dan sebagainya. Ada yang berjaya dan begitu juga sebaliknya bukan?

Apa kata ibu ayah ikhtiar pula dengan SLEEP PILLOW MIST dari Tasneem Naturel. 

Apa itu Sleep Pillow Mist?

Bagi ibu ayah yang masih mengalami masalah yang sama, jangan gusar dan jangan bimbang. Dengan terhasilnya Sleep Pillow Mist dari Tasneem Naturel ni insyaallah akan meringankan masalah ribuan mak ayah yang berada diluar sana. Sangat sesuai digunakan sekecil bayi sehingga ke warga emas.


Ini bukan mist biasa-biasa tau. Ianya berfungsi merangsang dan meningkatkan mood tidur. Ianya juga amat-amat membantu dalam mendapatkan tidur yang cukup dan juga berkualiti.

Bahan Utama dalam Sleep Pillow Mist

Mesti pelik kan, apalah kandungan yang ada dalam Sleep Pillow Mist ni. Sampai boleh dan mudah bagi kita tidur. Jangan rungsing, jangan risau. Tiada bahan terlarang dalam Sleep Pillow Mist Spray ni. Bahan-bahannya semulajadi dan tidak berbahaya. Antaranya ialah:

Air

Bertindak sebagai pelarut di dalam Sleep Pillow Mist Spray

Lavender Essential Oil

  • Memperlahankan sistem saraf dan memberi rasa tenang
  • Meningkatkan mood tidur
  • Memberi kesan mood yang lebih stabil

Tea Tree Oil


  • Dikenali sebagai minyak pertolongan cemas
  • Bersifat antiseptik
  • Membantu melegakan batuk dan selsema
  • Berkesan dalam merawat jangkitan virus dan bakteria
Semua bahan-bahan yang digunakan tidak berbahaya dan sangat selamat untuk digunakan. Jadi, ibu ayah tak perlu rasa risau mahupun was-was ya ketika menggunakan Sleep Pillow Mist Spray.

Cara Guna Sleep Pillow Mist Spray

Bahan-bahan sudah pun diketahui. Sekarang jom kita lihat cara guna Sleep Pillow Mist Spray. Yang pasti ianya sangat-sangat mudah digunakan oleh ibu ayah diluar sana. 


Hanya sembur pada bantal, tilam, cadar, selimut,baby coat, buaian, stroller, ataupun carseat simanja anda sahaja. Mudah sangat kan? Berapa banyak nak sembur tu? Cukup sekadar 1-2 semburan sahaja. Asalkan simanja kita boleh bau.

Pengalaman Qiqi sendiri, anak yang kecil ni fully breastfreeding. So, memang lama lah kan dia memerap dan nak menyusu dengan Qiqi. Ada masa memang Qiqi akan semburkan Sleep Pillow Mist Spray pada baju Qiqi. Sambil menyusu, sambil dia dapat bau. Hee.. Lebih mudah dan cepat untuk dia tidur lena. 

Penangan Sleep Pillow mist Spray.
Tergolek lena sepupu sepapat bila mama/ m. long nya sembur Sleep Pillow Mist
pada tilam dan bantal diorang. heheh

Makanya bila anak dah lena diulit mimpi, lagi mudah la mamanya nak menyiapkan kerja rumah dan juga memasak tengah hari untuk kakak-kakak dan papanya.

Testimoni


Jom kita lihat apa kata ibu-ibu diluar sana  yang sudah menggunakan Sleep Pillow Mist Spray.

Cepat lena guna Sleep Pillow Mist. Puas hati sangat.
- Pn Ain Rayyan

"Sekali sembur je pada buaian.
Lepas 3 minit dah lena. Sianak sebelum ni memang susah tidur.
Nampaknya tewas dengan Sleep Pillow Mist"
-Pengguna Sleep Pillow Mist 
"Kesan lagi cepat guna Sleep Pillow Mist!
Hanya spray pada bantal dan kain busuk anak. Terus tertidur."
- Pengguna Sleep Pillow Mist

"Paling lama 30 minit, paling cepat 10 minit dah lena.
Anak mudah tidur, mama pun cukup rehat."
- Pn Syafiqah

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN