Posts

Showing posts with the label dosa dan pahala

Amalan di Malam Jumaat

Image
Kita dulu masa kecil seringkali dimomokkan rakan dengan malam berhantu kan tiap kali tiba malam Jumaat? Selalunya tiap kali Malam Jumaat memang seram je rasa. Dulu pula drama yang berhantu ditayang pada Malam Jumaat. Selari sangat la dengan apa yang dikata dan disiar. Budak-budak kan, memang percaya sebijik-sebiji. Tapi bila dah meningkat dewasa, dah jadi mak-mak ni baru la tersedar tu hanya usikan, gurauan. Sepatutnya kita bila tiba malam jumaat lagi banyak la amalan kita patut buat menjelang ke Hari Jumaat, penghulu segala hari kan. Apa je amalan yang boleh kita lakukan pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat? Bagi wanita: 1) Membaca surah Yassin dimalam Jumaat 2) Boleh mula baca surah Al Kahfi (almaklum agak panjang juga surahnya kan) 3) Zikir 4) Banyakkan bersedekah 5) Lebihkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.a.w Bagi lelaki: 1) Mandi, wangikan diri untuk ke Solat Jumaat 2) Memotong kuku, mencukur. 3) Datang awal ke masjid, dirikan solat sunat Tahiyyatul masjid 4)...

Hak MiLik SiaPA?

Image
Hak milik kita kah kekasih, tunang atau suami yang kita cintai? Hak milik kita kah orang yang paling kita sayang seperti ibu bapa, adik-adik? Sudah tentu mereka BUKAN milik kita. Kita hanya dipinjam kan kebahagian tersebut dari ALLAH S.W.T dan haruslah kita menghargai apa yang telah diberikan pada kita. ALLAH, sebagai Pencipta alam semesta ini boleh menarik nikmat yang telah diberi kepada bila-bila masa sahaja. Cuba bayangkan baru seminit yang lepas anda bercakapa dengan teman baik anda, dan selepas itu anda mendapat panggilan bahawa dia telah tiada. Tidak pun, cuba berfikir sejenak, pada hari pernikahan anda, dalam tak berapa saat sahaja sepatutnya anda diijab kabulkan dengan suami yang disayangi, tiba-tiba ALLAH menjemputnya kembali ke Rahmatullah. DIA yang menguasai segala-galanya. Kita ni sebagai makhluk yang diciptaNYA seharusnya lebih menyayangi, mencintai ALLAH lebih dari segalanya. Namun, apa yang terjadi sekarang?Manusia lebih mencintai harta, darjat, dan pasangannya lebih dar...