Posts

Showing posts from December, 2018

CARA TINGKATKAN SELERA MAKAN ANAK

Image
Anak kurang makan? Kerap minum susu berbotol-botol? Dulu pun Qiqi alami benda yang sama juga. Boleh dikata sehari dekat 6-7 botol la si anak sulung tu minum dalam sehari. Badan pun keding je nak dibanding dengan adiknya. Kebetulan viral siaran di Facebook ada kongsikan tentang minum Susu Full Cream Fernleaf. Kongsian itu bukan dari sumber melulu ya. Atas khidmat nasihat doktor pakar. Makanya Qiqi pun cari juga la. Almaklum bila dah viral ni barang cepat je habis stok. Tapi rezeki kan. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Jumpa akhirnya. Dulunya kalau dah minum susu botol memang tak memandang la makanan lain. Kerja minum susu je. Sejak tukar Susu Full Cream Fernleaf alhamdulillah selera makan makin bertambah. Dulu, 1kg susu formula tu tak sampai seminggu dah habis. Ni sebungkus susu Fernleaf pun susah nak habis dah. Sangat serasi dengan anak la kiranya.  Sekarang pulun masak pula untuk anak-anak. Besar kanak-kanak ni diorang dah seronok makan dah. Qiqi dulu ingat lagi masa kecil takut

CARA HILANGKAN BATUK BERKAHAK BAYI

Image
Assalamualaikum wbt Lately ramai anak-anak yang kena serangan batuk kan? Biasa la musim hujan ni. Sat panas sat hujan. Memang sakit dan kanak-kanak tak dapat nak dipisahkan. Yelah, budak-budak kan, antibodi mereka tak berapa nak kuat lagi. Mudah kena serangan dan mudah berjangkit. Kita sebagai ibu bapa ni la harus peka dengan keadaan sekeliling. Adakala kita dah jaga sebaiknya namun tetap anak kita jatuh sakit, redha jelah kan. Yang pastinya kita perlu ubati dan tangani sebaiknya. Macam Qiqi memang sebolehnya Qiqi elakkan anak mengambil ubat klinik especially sikecil yang berusia 9 bulan tu. Dari anak sulung sampai anak ke 3 memang Qiqi amalkan sebegitu. Tak makan ubat boleh baik ke? Bergantung pada kekuatan abadan tiap anak. Sebaiknya elakkan. Tapi jika berlarutan tetap akan dibawa ke klinik juga untuk rawatan lanjut. Berikut antara petua yang Qiqi amalkan pada anak Qiqi. Terpulang pada kalian untuk ikut atau tak ya. Ikut kesesuaian keadaan anak. CARA HILANGKAN

Amalan di Malam Jumaat

Image
Kita dulu masa kecil seringkali dimomokkan rakan dengan malam berhantu kan tiap kali tiba malam Jumaat? Selalunya tiap kali Malam Jumaat memang seram je rasa. Dulu pula drama yang berhantu ditayang pada Malam Jumaat. Selari sangat la dengan apa yang dikata dan disiar. Budak-budak kan, memang percaya sebijik-sebiji. Tapi bila dah meningkat dewasa, dah jadi mak-mak ni baru la tersedar tu hanya usikan, gurauan. Sepatutnya kita bila tiba malam jumaat lagi banyak la amalan kita patut buat menjelang ke Hari Jumaat, penghulu segala hari kan. Apa je amalan yang boleh kita lakukan pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat? Bagi wanita: 1) Membaca surah Yassin dimalam Jumaat 2) Boleh mula baca surah Al Kahfi (almaklum agak panjang juga surahnya kan) 3) Zikir 4) Banyakkan bersedekah 5) Lebihkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.a.w Bagi lelaki: 1) Mandi, wangikan diri untuk ke Solat Jumaat 2) Memotong kuku, mencukur. 3) Datang awal ke masjid, dirikan solat sunat Tahiyyatul masjid 4)

Yang muda disayangi, Yang Tua dihormati

Image
Assalamualaikum wbt. Sihat ke korang. Moga korang sentiasa dalam lindungan Allah hendaknya. Lately banyak juga kita dapat berita or terbaca kisah anak-anak yang meminggirkan ibu ayah sampai ada yang sanggup menghantar ibu bapa ke Rumah Orang Tua. Sangat menyedihkan bila mana terbaca kisah sebegini. Tak sedar kah kita masa kita kecil-kecil dahulu, bersusah payah mak ayah kita menjaga, membimbing, mendidik kita walaupun tika ada kalanya duit cukup-cukup makan sahaja. Mak ayah kita sanggup bergolok bergadai demi kelangsungan hidup dan keperluan anak tersayang. Tapi, bila kalian sudah besar, dah bekerjaya dan punya harta sendiri kalian buat hati mak ayah seperti tiada perasaan? Mak ayah tak sedikit pun meminta balasan, apatah lagi duit kalian. Yang diharap dan dipinta walau tak terluah dengan kata-kata hanyalah masa kalian. Sesibuk mana pun kita wahai anak-anak, cubalah curi masa sedikit pulang ke kampung jenguk mak ayah kita. Balik 1-2 hari tu pun dah cukup mengembirakan hati mereka

Year End Sale Tasneem Naturel

Image
12.12 setiap tahun seperti menjadi TARIKH KERAMAT buat kebanyakan syarikat. Manakan tidak, pada tarikh tersebut banyak syarikat, penjual membuat offer gempak khas buat para pembeli. Dan pastinya juga para pembeli turut sama menanti tarikh keramat tersebut. Masing-masing turut memantau, menanti offer menarik apakah para penjual berikan kepada mereka. Pihak Tasneem Naturel juga turut sama melakukan promosi gempak sempena 12.12.2018 ini. Bayangkan harga balm yang asalnya RM49 TURUN menjadi RM 39 SAHAJA!!!! JIMAT BUKAN?? Rugi kalau tak sambar SALE 12.12 ni. Packaging sahaja lama, isinya tetap sama seperti packaging Omar Hana. Jom dapatkan segera dari Agen terdekat!

U turn Ku untukmu

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semuanya? Diharapkan sihat sejahtera hendaknya. Lama betul le Qiqi tak update blog ni ha. Udah bersawang teruk weh. Nak masuk sini pon sesat meraban kate koooo. Sabar jela. Ada lagi ke kawan-kawan seangkatan dulu yang still berblogging? Hebat la korang still boleh menulis di blog. Qiqi ni memang kena banyak betul la menggali. Lama sangat tinggal. Dah lama tinggal confirm la banyak perubahan yang ada kan? Diharap selepas ni Qiqi akan terus istiqamah la menulis. Kih..kih.. Kih. Korang doakan wokeyh😘