Posts

Showing posts from June, 2019

Durian Punca Flare Ekzema?

Image
Durian oooohhh Durian. Siapa lah yang tak minat durian kan? Ramai je kan peminat durian? Termasuk lah tukang tanya ni ha. Qiqi pon antara geng yang minat durian ooo. Asal musim durian je mesti kalut nak balik kampung nak rasa durian pokok arwah tok. Kalau tiada pon mesti ada beli juga, habuan merasa . Dalam keluarga kecil kami ni alhamdulillah semua pakat minat durian. So, kalau setakat beli 3-4 biji tu tak risau la kalau tak habis. Confirm habis punya. Actually awal-awal musim durian baru ni, Qiqi tertanya-tanya juga lepas ke kalau Qiqi makan durian, risau naik 'flare' pada si Alina. Yelah kan, durian ni boleh tahan manis juga. Selalunya yang manis-manis ni mudah je naik flarenya. Durian pokok mak, gebus-gebus isinya muma wey Memang kalau ikutkan tak nak sentuh dah durian musim kali ni. Tapi, ada terbaca 1 coach ekzema ni kabor, Durian ni pass je kalau anak ekzema makan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Tak fikir banyak dah, memang makan la du

8 Tips Tangani Anak 'Picky Eater'

Image
Boleh dikatakan hampir 60% anak sulung merupakan seorang anak yang 'picky eater'. Ya, kebanyakan paling banyak memilih makanan. Termasuklah anak Qiqi yang sulong kome oih. Heheh.. Actually yang jenis 'picky eater' ni kalau BMI nya tiada masalah tak mengapa. Tapi jika dah mengacau BMI si anak tu memang boleh buat mak ayah risau. Sedangkan mak ayah ni dah usaha pelbagai cara dah nak bagi anak makan. Mak ayah mana la yang nak tengok anak kurus melidi, kering, macam tiada vitamin kan. Mesti nak yang terbaik buat si anak. Punca Anak jadi 'Picky Eater' Antara punca anak jadi picky eater adalah: Tak berani mencuba makanan baru Ada pengalaman cuba benda baru tapi terkena yang tak enak pada seleranya Sering disajikan dengan makanan yang sama Tidak didedahkan dari awal (sayur, buah-buahan) Tidak diberi perhatian (sempat asingkan/buang sayur) Tumpu minum susu formula sahaja Pengalaman Tangani masalah anak 'picky eater' Untuk anak Qiqi

Antibiotik Punca Ekzema Semakin Flare?

Image
Baru-baru ni Alina kena bisul tapi sebelum ni tak nampak sangat lagi betul ke tidak bisul sebab mengelembung saja tanpa rasa sakit.  Selalu kalau betul bisul, bila disentuh kawasan yang mengelembung tu akan rasa sakit dan pastinya budak akan elak dari disentuh kan? Tapi Alina baru ni sangat-sangat tenang dan tak mengelak pun bila mamanya sentuh kawasan benjol tu. Risau sebeb makin lama benjolan tu makin besar, mama pun bawa ke klinik dan rujuk pada doktor. Doktor sendiri pun tak pasti apa bendanya. Sebab Alina tiada simptom untuk masalah bisul iaitu sakit dikawasan benjol, demam or kurang selera makan. Besar juga tau saiznya. Lebih kurang size 20 sen baru gitu. Mau mamanya tak risau. Mama pun naik risau la bila doktor sendiri pun tak pasti apa penyakitnya. Tapi doktor sarankan untuk makan antibiotik dan 'follow up' selepas 3 hari dari tarikh jumpa. Sampai rumah terus mama on antibiotik. Perlu bagi 4 kali sehari sebaiknya. Alhamdulillah, mungkin terksean

Punca Ekzema dan Rawatan

Image
Ekzema adalah salah satu masalah keradangan kulit yang berbentuk berbiji ruam merah, gatal dan kelihatan seperti melecur dan berair. Ada yang berbiji ruam sahaja, namun jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan kegatalan. Ianya kerap terjadi pada kawasan pelipat tangan, ketiak, lutut, kaki dan juga muka. Bahagian kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan berkerak. Ada sesetengah pesakit mengalami kondisi kulit seperti 'elephant skin' kerana ianya makin menebal dan kasar. Namun, walaupun kondisi kulit mereka yang alami ekzema ni agak memeritkan untuk dilihat, namun ianya TIDAK BERJANGKIT ya. Punca ekzema Punca sebenar mengenai ekzema tidak dapat disimpulkan dengan pasti namun, ini antara yang kebanyakan dibicarakan faktor penyebab ekzema: Keturunan Persekitaran (berhabuk/kering/panas/kering) Pemakanan (ada alahan pada makanan tertentu) Alah pada bahan pembersih/ minyak wangi/bahan kimia Psikologi (Stress/anxiety(Kebimbangan)/ Tanda-tanda Ekzema

Ikhtiar Masalah Susah Tidur Dengan Sleep Pillow Mist Spray

Image
Tidak kira tua atau muda, kecil atau besar pastinya ada sahaja yang mengalami masalah susah tidur kan? Kalau si anak kecil pastinya mereka lebih seronok meluangkan masa bermain sehingga sanggup menahan mata dari tidur. Adakala nak dibedung baru boleh tidur. Kadang kala biar begitu pun tak menjadi juga.  Orang dewasa pula serangkali berlaku masalah keletihan melampau dan adakalnya berlaku perubahan hormon pada seseorang. Semua ini mengundang kepada masalah susah untuk tidur malam. Pusing kiri tak kena, pusing kanan tak lena. Sudahnya, sedar-sedar dah pagi dan perlu memulakan hari baru. Banyak kesan negatif yang boleh terkesan pada diri seseorang sekiranya mereka ini tidak cukup tidur ataupun tidak mendapat tidur yang berkualiti, antaranya: Tidak produktif Badan lesu Mudah marah Cepat terasa Mata lesu Mudah meragam/ buat hal Tantrum Tidak aktif seperti biasa Tahukah anda, mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti sangat-sangat bagus? Selain dari memberi kese