8 Tips Tangani Anak 'Picky Eater'

Boleh dikatakan hampir 60% anak sulung merupakan seorang anak yang 'picky eater'. Ya, kebanyakan paling banyak memilih makanan. Termasuklah anak Qiqi yang sulong kome oih. Heheh..


Actually yang jenis 'picky eater' ni kalau BMI nya tiada masalah tak mengapa. Tapi jika dah mengacau BMI si anak tu memang boleh buat mak ayah risau. Sedangkan mak ayah ni dah usaha pelbagai cara dah nak bagi anak makan. Mak ayah mana la yang nak tengok anak kurus melidi, kering, macam tiada vitamin kan. Mesti nak yang terbaik buat si anak.

Punca Anak jadi 'Picky Eater'


Antara punca anak jadi picky eater adalah:
  • Tak berani mencuba makanan baru
  • Ada pengalaman cuba benda baru tapi terkena yang tak enak pada seleranya
  • Sering disajikan dengan makanan yang sama
  • Tidak didedahkan dari awal (sayur, buah-buahan)
  • Tidak diberi perhatian (sempat asingkan/buang sayur)
  • Tumpu minum susu formula sahaja

Pengalaman Tangani masalah anak 'picky eater'


Untuk anak Qiqi yang sulung tu (Kak Yong), dia lebih kepada lebih pengambilan susu formula. Kalau kalian nak tahu, Kak Yong waktu umur 5 tahun pun masih minum botol susu tau. Sehari boleh kata 5-6 kali dia akan minum susu. Makan memang jenuh disuruh sebab dah kenyang minum susu kan.

Sekarang dah mudah makan dah. Pipi pun tembam dah dari dulu.. Heee

Memang berlainan dan berbeza la dari anak yang ke dua. Seorang yang kaki makan sampai mama papa panggil Kak Ngah siperut tong drum. Kerja mengunyah saja. Memang jenuh juga sebenarnya memikir umur Kak Yong sebegitu dengan habit minum susu tu.


Ni anak no 2 dan 3. Rasa deme dua ni geng. Sama kuat makan. Hahaha
Namun, Allah tu Maha Kuasa kan. Dalam kita mencari solusi, tiba-tiba lalu 1 artikel berkaitan masalah 'picky eater' ni. Ada doktor perubatan mensarankan untuk mencuba susu Fernleaf Full Cream. Nak percaya tak percaya tu sama banyak. Tapi bila doktor dah sarankan dan dalam masa yang sama baca pengalaman mak ayah yang pernah cuba, terus ajak suami cari susu ni.

Alhamdulillah, tak sampai seminggu amalkan minum susu fullcream ni, memang banyak perubahan ketara. Antara perubahannya ialah:

  • Susu formula memang dia tak nak dah. 
  • Kalau dulu sehari 5-6 kali minum susu, ni 2-3 kali sahaja minta nak susu
  • Mula minta makan nasi
  • Mula minta makanan yang lain (mee, kueh teow, bihun)
Dalam bagi minum susu Fernleaf ni Qiqi juga buat beberapa tips yang disarankan. Try an error. Yang mana okay, kita teruskan. 

8 Tips Tangani Anak 'picky eater'

Ada pelbagai cara yang boleh mak ayah gunakan untuk mengatasi masalah 'picky eater' anak antaranya:

1. Tukarkan kudapan mereka dengan "Real Food" tapi menarik.



2. Sajikan bento yang anak minat, comel dan menarik tapi lengkap nutrien.


3. Hidangkan makanan dalam kuantiti sikit tapi beri kerap.





4. Tunjukkan/ beritahu kebaikan makanan tersebut.

Kaya vitamin, nutrien. Terangkan kebaikan makanan tersebut kepada kulit, kesihatan.


5. Spend time makan bersama dengan anak.

Sambil makan sambil boleh pantau apa yang anak tolak, apa yang anak suka.

6. 'Reward' atau hargai mereka bila dah berjaya makan makanan yang sihat.

Sama ada boleh cakap direct, bagi kad. Tanda usaha anak berubah kepada makan makanan yang 'real food' dihargai.


7. Bekalkan multivitamin pada anak.

Tak kisah brand apa pun. Boleh dapatkan di Farmasi ataupun mana-mana 'drugstore'

8. Beri susu Fernleaf Full Cream.

Mungkin ada yang sesuai, ada yang tidak. Sebaiknya beli untuk percubaan dulu. Tak terlalu rugi jika tak sesuai kan.


Diharap perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu ayah yang menghadapi dan menangani anak yang memilih makanan. Semoga ada yang serasai dan sesuai ya. 

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN