Posts

Showing posts with the label balm viral

5 Cara Hilangkan Sembelit Bayi

Image
Sembelit. Sembelit adalah suatu keadaan kekerapan membuang air besar adalah berkurang dari biasa. Dan jika terhasilnya najis, najisnya keras dan sangat sedikit. Sembelit tidak terjadi hanya pada orang dewasa sahaja, malah bayi dan kanak-kanak juga mempunyai potensi yang sama juga terkena sembelit.  Bagi bayi dan kanak-kanak ini pastinya sesuatu yang membuatkan mereka berasa tidak selesa dan juga memberi pengalaman yang tidak enak kepada meraka. Kekerapan bayi membuang air besar adalah berbeza mengikut faktor umur dan cara penyusunnya iaitu: a) Bayi menyusu badan sepenuhnya : Buang air besar setiap hari dan normal ju jika sekali dalam 7 hari. b) Bayi minum susu formula : Setiap hari sebaiknya. Tanda-tanda anak sembelit 1) Kerap meragam Bayi akan meragam sekiranya mereka tidak selesa perut. Menangis, merengek antara yang bakal terjadi apabila sembelit. 2) Takut untuk ke membuang air besar Apabila sembelit pastinya rasa sakit dan susah untuk membuang ai...

Cara Merawat Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

Image
Sering diserang pedih ulu hati ketika mengandung? Ya, bukan anda seorang saja yang mengalami. Boleh dikatakan kebanyakan ibu-ibu mengandung akan mengalami masalah yang sama juga ketika mengandung. Macam mana rasa pedih ulu hati? Pedih Ulu hati bermaksud apabila merasa seperti rasa terbakar atau rasa panas dan pedih dibahagian dada atau dibahagian tengah perut betul-betul bawah dada. Apakah punca pedih ulu hati ketika mengandung? Antara punca ialah kerana asid didalam perut yang naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) disebabkan kebocoran otot sfikter esofagus bawah (LES) yang terletak diantara esofagus dan perut. Antara simptom pedih ulu hati ketika mengandung ialah: Pedih bahagian dada Perut tidak selesa Sukar menelan Rasa seperti makanan tertolak Terasa pahit pada mulut Kebanyakannya ia terjadi ketika kita makan dan minum. Dan seterusnya mengganggu masa tidur dan juga memberi kesan kepada selera makan ibu mengandung. Cara Merawat Pedih Ulu Hati S...

10 Tips Tidurkan Bayi dengan Mudah

Image
"Intan, kenapa nampak lesu sangat semenjak dua menjak ni?' Persoalan ni kerap kali didengar Intan semenjak baru masuk kerja ni. Masakan tidak, boleh dikata setiap hari Intan terpaksa berjaga malam melayan kerenah sikecilnya. Sudah lah berjaga malam, pagi-pagi perlu bangun awal untuk siapkan keperluan suami dan anak. Runsing, pening, serabut bila menginjak ke waktu malam. Masakan tidak, orang lain bila malam dapat berehat tenang tapi Intan tidak. Sentiasa dalam mood standby sekiranya anaknya meragam, ajak bermain di tengah malam.  Anda ada masalah yang sama macam Intan? Jika anda berminat untuk mempelajari beberapa tips tidur bayi yang baru lahir, maka anda berada di tempat yang betul.  Tahukah anda, apabila bayi anda tidur lebih baik, anda akan melihat bayi yang lebih sabar, lebih toleran, lebih ceria selepas rehat malam yang baik atau tidur berkualiti. Tidak pernah terlambat untuk memupuk tabiat tidur yang sangat baik semenjak dari bayi kerana akh...