Posts

Showing posts from July, 2019

Agen Tasneem Naturel Perak

Image
Assalamualaikum wbt dan salam perkenalan. Hai semua. Kita disini namanya Nurul Aqilah. Nak panggil Qila boleh, nak panggil Qiqi pon boleh. Ikut mana yang korang selesa. Anak sulung dari 3 orang adik beradik. Sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata perempuan. Gambar raya bersama mertua. Heee Qila merupakan suribisnes sepenuh masa. Sebelum ni banyak juga item yang Qila pernah jual tapi awal 2019 baru ni Qila memilih untuk fokus kepada item Tasneem Naturel. Pertemuan pertama Qila dengan Tasneem Naturel ni sewaktu awal permulaan Alina kena ekzema. 'Mak' bisnes kita yang sekarang ni la orang yang temukan Qila dengan Tasneem Naturel. Pada masa tu 'mak' ni suruh try je dulu. Yakin tak yakin je tau masa guna tu, Hehehe.. Alina sewaktu umur 7 bulan. Pengguna tegar Skeenz dan juga Cf Rub balm Tapi alhamdulillah dengan izin Allah memang serasi dengan Alina. Nak kata terus baik tu tidak lah kan, makan masa juga. Ekzema ni bukan faktor luaran je kena

Tanda Awal Asma pada Bayi

Image
Pernah tak dikalangan kalian yang anaknya tiba-tiba bernafas seolah-olah laju? Dan juga sepertinya ianya sukar bernafas juga? Sebenarnya 2 minggu lepas Qiqi juga dikejutkan dengan kejadian sebegini. Pertama kali dalam hidup melihat anak bernafas sebegitu rupa. Anak-anak yang sebelum ni memang belum pernah terjadi sebegini. Ingatkan dia meragam sebab batuk, namun sebaliknya yang berlaku. Masa ni dah risau sangat dah. Tak pernah jadi dan laju begini. Dia bernafas seolah-olah ada benda yang menghalang dia untuk bernafas. Pagi nya kami terus membawa Alina ke bahagian Kecemasan Hospital dan terus mendapat rawatan khusus. Alhamdulillah urusan di hospital sangat-sangat cepat. Alina terpaksa dimasukkan ke wad untuk tujuan pemantauan. Neb pertama Alina. Struggle oih nak pegang dia. Dibekalkan dengan oksigen dan juga memerlukan pengambilan 'Neb' 4 jam sekali. 'Neb' diberi bertujuan  mencairkan kahak dan seterusnya  memudahkan Alina bernafas. Dalam kelua

Cara Merawat Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

Image
Sering diserang pedih ulu hati ketika mengandung? Ya, bukan anda seorang saja yang mengalami. Boleh dikatakan kebanyakan ibu-ibu mengandung akan mengalami masalah yang sama juga ketika mengandung. Macam mana rasa pedih ulu hati? Pedih Ulu hati bermaksud apabila merasa seperti rasa terbakar atau rasa panas dan pedih dibahagian dada atau dibahagian tengah perut betul-betul bawah dada. Apakah punca pedih ulu hati ketika mengandung? Antara punca ialah kerana asid didalam perut yang naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) disebabkan kebocoran otot sfikter esofagus bawah (LES) yang terletak diantara esofagus dan perut. Antara simptom pedih ulu hati ketika mengandung ialah: Pedih bahagian dada Perut tidak selesa Sukar menelan Rasa seperti makanan tertolak Terasa pahit pada mulut Kebanyakannya ia terjadi ketika kita makan dan minum. Dan seterusnya mengganggu masa tidur dan juga memberi kesan kepada selera makan ibu mengandung. Cara Merawat Pedih Ulu Hati S