Tanda Awal Asma pada Bayi

Pernah tak dikalangan kalian yang anaknya tiba-tiba bernafas seolah-olah laju? Dan juga sepertinya ianya sukar bernafas juga?






Sebenarnya 2 minggu lepas Qiqi juga dikejutkan dengan kejadian sebegini. Pertama kali dalam hidup melihat anak bernafas sebegitu rupa. Anak-anak yang sebelum ni memang belum pernah terjadi sebegini. Ingatkan dia meragam sebab batuk, namun sebaliknya yang berlaku.


Masa ni dah risau sangat dah. Tak pernah jadi dan laju begini.

Dia bernafas seolah-olah ada benda yang menghalang dia untuk bernafas. Pagi nya kami terus membawa Alina ke bahagian Kecemasan Hospital dan terus mendapat rawatan khusus. Alhamdulillah urusan di hospital sangat-sangat cepat. Alina terpaksa dimasukkan ke wad untuk tujuan pemantauan.

Neb pertama Alina. Struggle oih nak pegang dia.


Dibekalkan dengan oksigen dan juga memerlukan pengambilan 'Neb' 4 jam sekali. 'Neb' diberi bertujuan mencairkan kahak dan seterusnya memudahkan Alina bernafas.

Dalam keluarga Qiqi memang tiada sorang pun yang ada penyakit asma termasuklah belah suami. Memang kami pun hairan macam mana Alina boleh kena.

Antara salah 1 faktor yang memungkinkan Alina kena serangan seakan asma ni ialah kerana dia menghidap ekzema. Nampak kan kulit pada muka Alina tu. Kering dan juga merah-kemerahan. Doktor kata, potensi untuk anak ekzema kena asma dalam 50-50%. Kebarangkalian kaitan ekzema dan asma tetap ada. 

Bagi yang sama-sama macam kami tak tahu macam mana Asma menyerang, jom kita tambah ilmu mengenai Asma.

Apa itu serangan Asma?

Serangan Asma kerap terjadi dengan begitu pantas dan tak terjangka. Ianya menyebabkan sesak nafas, batuk, dada merasa ketat, dan juga bernafas laju. Ianya sangat-sangat memberi rasa tidak selesa kepada tuan empunya badan.


Apakah tanda dan gejala serangan Asma?

Gejala asma yang terjadi pada tiap individu tidak sama. Semasa serangan, antara yang kerap terjadi ialah:

  • Batuk dengan atau tanpa selsema (Alina hanya batuk sahaja)
  • Berkahak
  • Bernafas dengan laju
  • Rasa ketat didada
  • Nafas berbunyi (Nafas Alina tak berbunyi)

Tanda amaran Asma menyerang:

  • Batuk tak berhenti
  • Nafas berbunyi teruk
  • Tidur tidak nyenyak
  • Sukar bercakap ayat panjang-panjang
  • Sakit dada
  • Kulit jadi pucat
  • Bibir kebiruan

Apa perlu dilakukan bila kena serangan asma?

Untuk kami yang baru pertama kali hadapi situasi ni memang memang zero sangat la ilmu tentang Asma ni. Antara yang boleh kita lakukan ialah:


  1. Dudukkan anak secara tegak dan tenangkannya.
  2. Jika ada ubat pelega boleh beri segera.
  3. Sekiranya tiada, segera bawa anak ke klinik/ hospital berdekatan (dapatkan 'neb' atau ubat pelaga tiap 4-6 jam sekali)
  4. Teruskan ubat pencegahan seperti yang dicadangkan.

Alhamdulillah dalam ikhtiar dengan rawatan dihospital, sebelum 'neb' Qiqi juga ada sapukan Cf Rub balm pada dada, tapak kaki, belakang dada dan juga lehernya. 

Ada budak pandai dah nak sapu sendiri. hehehe

Tujuan sapukan Cf Rub ialah bagi membantu memudahkan kahak cair dan seterusnnya melonggarkan rongga-rongga pernafas bagi mudah kahak keluar. 

Didalam Cf Rub Balm terkandung Eucalyptus, Cypress dan juga Frankinsence oil yang mana ketiga-tiga pati minyak ini berfungsi dalam membantu mencairkan kahak dan seterusnya memberi kelegaan bernafas pada si pemakai.

Alhamdulillah juga petangnya Alina pun dah ada selera untuk makan dan pernafasannya tak selaju sebelum ni.


Berselera dah time ni. Seronok mama tengok.
Alhamdulillah, hari ke 2 tengah harinya kami dah boleh discaj. Syukur Allah permudahkan. Asbab bantuan oksigen, pengambilan 'neb' 4-6 jam sekali beserta sapuan Cf Rub tiap kali sebelum 'neb' mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

Ramai je mak-mak yang dulunya anaknya perlu kerap ambil neb, kini tidak lagi bila konsisten sapu Cf Rub balm pada si anak.

Syukur, lendir dah clear dalam paru-paru lepas sapu Cf Rub balm sebelum neb.
Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu atau ayah-ayah diluar sana dalam menangani situasi seperti Qiqi alami. 


Bagi mak ayah yang nak ikhtiar dengan Cf Rub boleh directly membeli atau klik salah 1 ikon ni ya.


Untuk pertanyaan lanjut dan juga mendapatkan produk Tasneem Naturel boleh juga terus menghubungi Qiqi melalui wasap ya. 




Comments

  1. smoga sihat slalu ya....puan dh pakai penapis udara ??kat umah dah ade ke pasang cuckoo ?kalau belum sy bole bantu...nak pasang yg C model penapis udara tu bole sgt...sy uruskan pemasangan seluruh malaysia ...sabah srwak pun bole sbb order online je..dlm 48 jam ready dh utk staff dtg pasang.... penapis udara sgt bagus utk org ade asma tau..tapis kuman dn habuk tu....
    Bila2 senang bolehlah layari fb sy
    https://www.facebook.com/pg/sue01116930576/posts/?ref=page_internal


    semua promo cuckoo ade dlm tu...dan skrg cuckoo jugak offer sanitasi service tauu...boleh wsp sy 011-16930576.

    antara langkah pencegahan asma adalah make sure rumah ade penapis udara..yg ni byr bulanan 70 lebih saja tidakla mahai dn membebankan tp bermanfaat kan utk menapis habuk dn kuman di udara..semua client sy sgt suke sejak pakai filter c model ni sbb udara makin bersih dn anak pun sgt kurg asma dn selesema.....akak bole pm sy ya...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN