Posts

Showing posts from March, 2021

9 Tanda-tanda Bayi Kembung Perut

Image
Naik rungsing mak ayah bila si bayi tiba-tiba menangis seperti dirasuk hantu. Nak ditenangkan tidak mahu. Nak diletak, terus menangis. Sampai masa tidur barulah mulut pun berhenti menangis. Hampir mati akal dah mak ayah melayan kerenah si bayi ini. Bila diselidik rupanya si bayi alami masalah Kembung Perut. Apa itu Kembung Perut. Kembung perut seringkali dikaitkan dengan bayi tak kiralah bagi bayi yang baru lahir ataupun yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Suatu keadaan yang menyebabkan sibayi tidak selesa perut, tidak senang duduk dari segi apa keadaan sekalipun. Mereka seringkali mengeraskan kaki, menggenggam tangan dengan kuat dan pastinya menangis tanpa henti. Punca Bayi Kembung Perut Pelbagai faktor menyumbang kepada masalah kembung perut ni. Antaranya ialah : 1) Sistem saraf bayi yang tidak matang lagi. 2) Lekapan bayi yang salah ketika minum susu. Baik dari segi minum susu badan mahupun susu formula/ susu botol. 3) Jika sibayi minum susu badan, faktor pemakanan si ibu mempengaruh