9 Tanda-tanda Bayi Kembung Perut

Naik rungsing mak ayah bila si bayi tiba-tiba menangis seperti dirasuk hantu. Nak ditenangkan tidak mahu. Nak diletak, terus menangis. Sampai masa tidur barulah mulut pun berhenti menangis. Hampir mati akal dah mak ayah melayan kerenah si bayi ini. Bila diselidik rupanya si bayi alami masalah Kembung Perut.

Apa itu Kembung Perut. Kembung perut seringkali dikaitkan dengan bayi tak kiralah bagi bayi yang baru lahir ataupun yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Suatu keadaan yang menyebabkan sibayi tidak selesa perut, tidak senang duduk dari segi apa keadaan sekalipun. Mereka seringkali mengeraskan kaki, menggenggam tangan dengan kuat dan pastinya menangis tanpa henti.


Punca Bayi Kembung Perut

Pelbagai faktor menyumbang kepada masalah kembung perut ni. Antaranya ialah :

1) Sistem saraf bayi yang tidak matang lagi.

2) Lekapan bayi yang salah ketika minum susu. Baik dari segi minum susu badan mahupun susu formula/ susu botol.

3) Jika sibayi minum susu badan, faktor pemakanan si ibu mempengaruhi. Ada bayi yang tidak toleransi dengan susu lembu. Bagi bayi yang minum susu formula mungkin tidak boleh toleransi dengan protein yang terdapat dalam susu formula tersebut.

4) Tidak sendawakan bayi selepas minum susu badan/susu formula.

5) Asid refluks.


Tanda- tanda Bayi Kembung Perut


Apabila terjadinya masalah kembung perut pada si bayi pastinya membuatkan sibayi sangat tidak selesa. Jom kita lihat Apakah tanda-tanda bayi Kembung Perut.

1) Sukar ditenangkan

2) Menangis tanpa henti

3) Genggan tangan dengan kuat

4) Tangisan yang nyaring dan lantang

5) Lutut terangkat hingga ke dada

6) Muka berkerut menahan sakit

7) Muka bertukar merah

8) Angin berlebihan

9) Jarang sendawa/ kentut


Cara Atasi Kembung Perut Bayi


Bila anak terseksa kembung perut pastinya kita nak rawat segera kan? Takkan lah kita nak biar anak terus merana. Jika kita yang dewasa tak dapat kentut pun dah rasa seksa, macam tu jugalah bayi kita. Terseksa sangat.

Selalunya Mama Qila sarankan mak ayah kerap:

1) Betulkan cara menyusu simanja
2) Sendawakan bayi tiap kali lepas menyusu
3) Elakkan makanan ataupun minuman yang 'trigger' anak kembung perut
4) Kerapkan buat URUTAN I LOVE U
5) Kerapkan juga buat GERAKAN KAYUH BASIKAL.
6) Tiap kali lepas mandi, sebelum tidur, sapukan minyak telon/ balm bayi sebaiknya Stommy Oil atau T Rub balm. Nak tahu kelebihnnya? Klik SINI
7) Buat Urutan I Love U dan Gerakan Kayuh Basikal

Mak ayah boleh rujuk video dibawah ni ya untuk mengetahui Cara Urutan I Love U dan Gerakan Kayuh Basikal.





Sekiranya mommy daddy ingin bertanya lebih lanjut atau nak cuba ikhtiar bersama T Rub mahupun Stommy Oil, boleh hubungi Mama Qila melalui aplikasi WHATSAPP ya

(Klik pada gambar)





Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN