Posts

Showing posts from April, 2019

Punca dan Cara Rawat Ulser Mulut

Image
Hampir setiap bulan Qiqi akan mengalami masalah Ulser Mulut ni. Dan hampir setiap bulan juga lah perlu menahan sakit bila diserang ulser ni. Sakitnya bukan biasa-biasa ya. Hampir bersamaan seperti sakit gigi peritnya menahan tu. Apa itu Ulser Mulut? Ulser mulut adalah luka kecil yang terjadi pada bahagian dalam mulut. Sangat menyakitkan sekiranya kena dan mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Adakalanya hampir seminggu juga baru baik.Kebiasaannya ia memiliki permukaan yang lebih cerah berbanding permukaan mulut yang biasa. Terdapat 3 jenis ulser yang yang kerap kali terjadi iaitu: Kecil Besar Herpetiform Pengelasan ini biasanya berdasarkan rupa, nombor, saiz, lokasi dan tempoh masa untuk sembuh. Kecil Jenis paling biasa ditemui.  Saiz ulser : Kebiasaanya lebih kecil daripada 5mm diameter dan biasanya 1-5 ulser boleh terjadi pada waktu yang sama. Tempoh sembuh: Dalam tempoh 14 hari tanpa sebarang parut.  Lokasi kerap terjadi: Permukaan dalam pipi, bibir,

Tips Atasi Masalah Ruam Panas Bayi

Image
Kerap kali terpapar pertanyaan dari ibu muda di group mahupun dipaparan Facebook mengenai masalah ruam panas yang melanda bayi sejak dari umur 1 hari lagi.Pastinya menjadi keresahan pada ibu-ibu apabila kulit anak dinaiki ruam panas ini. Apa itu Ruam Panas? Ruam panas yang juga dikenali ruam gatal dan berbintik kecil dan merah (prickly heat/ milaria) merupakan kebiasaan yang berlaku pada sebahagian kulit dan adakalannya boleh menjadi sangat gatal. Ruam panas ini boleh berlaku dalam keadaan panas mahupun lembap. Lebih-lebih lagi jika memakai pakaian yang tebal. Dari sekecil bayi sehingga ke golongan dewasa/ warga emas juga boleh dinaiki ruam panas ini. Jenis ruam panas Ada 4 jenis ruam yang ada iaitu: Jernih Putih Merah Dalam Individu berisiko mengalami ruam panas Bayi Kanak-kanak berusia 4 tahun dan ke bawah Atlet atau individu yang bekerja dibawah sinaran matahari Obesiti Pesakit yang sukar bergerak  Tanda ruam panas  Ruam pana

10 Tips Tidurkan Bayi dengan Mudah

Image
"Intan, kenapa nampak lesu sangat semenjak dua menjak ni?' Persoalan ni kerap kali didengar Intan semenjak baru masuk kerja ni. Masakan tidak, boleh dikata setiap hari Intan terpaksa berjaga malam melayan kerenah sikecilnya. Sudah lah berjaga malam, pagi-pagi perlu bangun awal untuk siapkan keperluan suami dan anak. Runsing, pening, serabut bila menginjak ke waktu malam. Masakan tidak, orang lain bila malam dapat berehat tenang tapi Intan tidak. Sentiasa dalam mood standby sekiranya anaknya meragam, ajak bermain di tengah malam.  Anda ada masalah yang sama macam Intan? Jika anda berminat untuk mempelajari beberapa tips tidur bayi yang baru lahir, maka anda berada di tempat yang betul.  Tahukah anda, apabila bayi anda tidur lebih baik, anda akan melihat bayi yang lebih sabar, lebih toleran, lebih ceria selepas rehat malam yang baik atau tidur berkualiti. Tidak pernah terlambat untuk memupuk tabiat tidur yang sangat baik semenjak dari bayi kerana akh