10 Tips Tidurkan Bayi dengan Mudah

"Intan, kenapa nampak lesu sangat semenjak dua menjak ni?'
Persoalan ni kerap kali didengar Intan semenjak baru masuk kerja ni. Masakan tidak, boleh dikata setiap hari Intan terpaksa berjaga malam melayan kerenah sikecilnya.
Sudah lah berjaga malam, pagi-pagi perlu bangun awal untuk siapkan keperluan suami dan anak.


Runsing, pening, serabut bila menginjak ke waktu malam. Masakan tidak, orang lain bila malam dapat berehat tenang tapi Intan tidak. Sentiasa dalam mood standby sekiranya anaknya meragam, ajak bermain di tengah malam. 


Anda ada masalah yang sama macam Intan? Jika anda berminat untuk mempelajari beberapa tips tidur bayi yang baru lahir, maka anda berada di tempat yang betul. 

Tahukah anda, apabila bayi anda tidur lebih baik, anda akan melihat bayi yang lebih sabar, lebih toleran, lebih ceria selepas rehat malam yang baik atau tidur berkualiti.

Tidak pernah terlambat untuk memupuk tabiat tidur yang sangat baik semenjak dari bayi kerana akhirnya ianya dapat membantu diri anda mendapatkan rehat yang sangat berkualiti.

Disini Qiqi kongsikan 10 tips yang mungkin kalian boleh gunakan untuk memupuk bayi anda tidur on time dan juga berkualiti.

1. Bedungkan Bayi Anda

Bayi dari lahir hingga kira-kira berumur empat hingga lima bulan, bayi secara semula jadi mempunyai refleks permulaan, di mana mereka merasa seolah-olah mereka jatuh. Perasaan seperti jatuh menyebabkan pergerakan mengeliat dan bayi secara kebetulan terbangun/ terjaga. 



Kaedah bedung yang betul dapat mengurangkan rasa tersentak, terkejut pada bayi anda. Ianya dalam masa yang sama membantu bayi yang baru lahir tidur lebih baik dan lebih lama. Pelbagai jenis bedung terkini ada dipasaran. Ada yang minat kaedah lama, ada yang suka berzip dan ada juga yang suka pada kaedah wrapping. Terpulang kepada ibu-ibu untuk memilih dan yang mana lebih praktikal pada bayi anda.


2. Beri Makanan/ Susu Secukupnya 

Ibu-ibu boleh menjadualkan waktu minum/makan si anak. Beri pada bayi anda susu/ makanan ketika betul-betul waktu lapar. Ia membantu menghalang bayi dari kerap bangun tidur. 

Seringkali terjadi bila si ibu sudah mendapat tidur yang nyenyak kemudian si anak merengek meminta susu. Bukankah ini punca waktu tidur kurang? Kaedah ini benar-benar boleh membantu tidur bayi anda yang baru tidur lebih lama semasa anda tidur. 

3. Hadkan waktu tidur di siang hari.

Ye, Qiqi tahu sukar untuk membangunkan bayi yang sedang lena di ulit mimpi. Namun, itu yang sebaiknya. Jika bayi anda tidur melepasi paras 2 - 2.5 jam, cuba bangunkan bayi anda. Lebihkan aktiviti bersamanya seperti ajak bermain, memberi makan, bawa bersiar.



4. Biasakan dengan bunyi. 

Nampak pelik je kan? Tapi itu lah hakikatnya. Bayi sejak dari dalam perut lagi sudah terbiasa dengan bunyi. Bunyi air, bunyi bergerak. Cuma kita dedahkan pada paras redah/ medium sahaja. 


5. Ikut rutin harian bayi

Bayi yang baru lahir memerlukan penyusuan dan rehat yang kerap untuk memastikan pertumbuhan yang sihat berkembang pada bulan-bulan terawal. Sentiasa memberi makan bayi anda seberapa kerap keperluan bayi anda untuk memastikan berat badan yang sihat.

Namun, apabila mereka sudah 6 bulan ke atas kebanyakan rutin mereka sudah berubah. Bayi akan bangun dari tidur dan segera makan. Kemudian bayi itu terjaga untuk sementara waktu untuk bermain. Kemudian bayi itu akan kembali tidur.

Kitaran ini mempunyai beberapa tujuan. Pertama, ia menggalakkan penyusuan penuh dengan membenarkan bayi makan dengan segera selepas terjaga. Bayi akan mempunyai tenaga yang paling banyak sebaik sahaja bangun, menjadikannya lebih cenderung untuk mengambil makanan penuh dan pergi lebih lama antara makanan. 

Selain itu, dengan memberi makan bayi selepas tidur dan bukannya sebelum tidur, kitaran itu menghalang bayi dari mengaitkan makanan dengan tidur atau menggunakan makanan sebagai alat untuk tidur. Dapat tak ibu-ibu?


6. Gunakan rutin sebelum tidur dan rutin tidur.

Bayi berkembang dengan rutin, struktur yang ibu-ibu visualkan. Mewujudkan rutin yang konsisten pada bayi anda akan membantu membawa pesanan kepada otaknya. Pilih rutin sebelum tidur yang sesuai dengan situasi rumah anda. 

Rutin sebelum tidur boleh jadi sebegini. Bawa bayi ke biliknya, tutup langsir, letakkan bayi itu di dalam katilnya atau selimut yang boleh dipakai.

Rutin waktu tidur biasanya akan menjadi lebih lama dan mungkin termasuk mandi, urut, membaca cerita, meletakkan bayi dalam selimut yang boleh dipakai atau merayap.

Lakukannya secara konsisten. Akan sampai masa bayi sendiri akan faham dan belajar untuk tidur segera mengikuti rutin sebelum tidur dan rutin tidur.


7. Tukar lampin pakai buang sebelum tidur


Jadikan rutin dengan menukar lampin sebelum bayi tidur. Ini dapat menghalang bayi daripada bangun terlalu banyak di tengah malam. Sekiranya kita menukar ditengah malam dan akan membuatkan si bayi terjaga, ini akan membuatkan bayi sukar untuk tidur semula. Dan pastinya akan mengganggu masa tidur ibu juga tau. 


8. Fahami Gaya Tidur Bayi

Mengehadkan tidur pada waktu siang adalah penting untuk menyokong waktu tidur bayi di waktu malam. Semakin letih si anak diwaktu siang, semakin nyenyaklah tidur diwaktu malam. Dalam masa yang sama, beri bayi sebanyak mungkin penyusuan. Apabila sudah kenyang, kuranglah bayi terjaga diwaktu malam. 

9. Jangan terlalu gopoh untuk kembali tidurkan bayi

Ada kala bayi akan bangun tidur dan kembali tidur. Bayi mungkin menangis sebentar atau tersenyum dan masih tidur. Berikan bayi sedikit masa. Mungkin ibu-ibu boleh tepuk-tepuk atau zikir dengannya. Elakkan melakukan sesuatu dalam keadaan yang tergesa-gesa yang mana boleh mengganggu proses tidur semula bayi.


10. Urut, manjakan bayi dengan aromatherapi

Biasakan rutin sebelum tidur dengan mengurut simanja. Selain dari dapat berbonding time dengan ibu, ianya juga membantu melegakan urat, bahagian badan mahupun kaki bayi yang letih.




Ibu-ibu boleh tenangkan bayi dengan sapuan Sleep Time Balm. Terdapat pati minyak Cedar wood yang merangsang perembesan hormon melatonin (hormon tidur). Sekaligus memudahkan untuk tidur dengan mudah dan nyenyak.

Untuk ketahui lebih lanjut dengan Sleep Time Balm boleh klik SINI ya.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan ataupun memberi idea pada ibu-ibu diluar sana yang mengalami masalah yang sama.



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN