SeRaM...
Di suatu pagi yang hening lagi sunyi, sedang enak diulit mimpi, tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang amat mengejutkan.Kriukkkkkkk……Seakan memanggil-manggil diriku untuk terus menerjah ke arah bunyi itu. Walaupun dalam keadaan malas yang teramat sangat kerana di ulit mimpi, namun, aku terpaksa jua bangun untuk memastikan bunyi apakah yang sedang bermaharaja lela disana. Dengan berat hati dan malasnya, daku bangun jua kerana bunyi itu seakan-akan memaksa-maksa untuk aku membuka mata yang comel ini. Dengan perlahan-lahan, daku buka kelopak mataku. Namun pabila daku buka mata, daku ternampak satu lembaga, putih badannya, namun kakinya,tidak pula tergambar ketika itu. Aku cuba perhati kembali lembaga itu, namun dengan renungan tajam lembaga itu merenung aku kembali. Kaget dan terkejut daku ketika itu..Bagai nak luruh jantungku saat itu. Namun, dikala daku terkejut yang teramat sangat itu, daku terdengar satu suara lagi. Namun, yang mengherankan, suara tu suara lelaki. Hurm..jarang antu-ant...