Posts

Showing posts with the label balm bayi

9 Tanda-tanda Bayi Kembung Perut

Image
Naik rungsing mak ayah bila si bayi tiba-tiba menangis seperti dirasuk hantu. Nak ditenangkan tidak mahu. Nak diletak, terus menangis. Sampai masa tidur barulah mulut pun berhenti menangis. Hampir mati akal dah mak ayah melayan kerenah si bayi ini. Bila diselidik rupanya si bayi alami masalah Kembung Perut. Apa itu Kembung Perut. Kembung perut seringkali dikaitkan dengan bayi tak kiralah bagi bayi yang baru lahir ataupun yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Suatu keadaan yang menyebabkan sibayi tidak selesa perut, tidak senang duduk dari segi apa keadaan sekalipun. Mereka seringkali mengeraskan kaki, menggenggam tangan dengan kuat dan pastinya menangis tanpa henti. Punca Bayi Kembung Perut Pelbagai faktor menyumbang kepada masalah kembung perut ni. Antaranya ialah : 1) Sistem saraf bayi yang tidak matang lagi. 2) Lekapan bayi yang salah ketika minum susu. Baik dari segi minum susu badan mahupun susu formula/ susu botol. 3) Jika sibayi minum susu badan, faktor pemakanan si ibu mempengaruh...

7 Tips Hadapi Anak Tantrum

Image
Seringkali kita dengar mengenai anak tantrum. Apa itu Tantrum?  Mengapakah ianya terjadi?  Tantrum ini adalah salah satu bentuk/ cara anak berkomunikasi kepada orang yang lebih dewasa atau ibu ayah mereka. Tantrum ini selalunya terjadi pada umur anak sekitar 2-5 tahun. Ini kerana pada umur begini kebanyakan masih tidak dapat bertutur dengan baik. Ini membuatkan ibu ayah mahupun golongan dewasa sukar untuk memahami kemahuan mereka sehinggakan anak ini kecewa dan mula tantrum. Adakala dipasaraya pun kerap terjadi  Tantrum ini boleh terjadi dirumah, di taman permainan, di pasaraya dan sebagainya. Kebanyakannya terjadi dengan menangis yang berpanjangan, nyaring dan adakalanya mereka akan menendang, menampar mahupun memukul sesuatu obje untuk melepaskan kemarahan atau kekecewaan mereka. PUNCA ANAK TANTRUM Bingit rasanya kan bila anak tantrum. Namun, itulah cara mereka menyampaikan, meluahkan apa yang dirasa. Antara terjadinya tantrum dikalangan anak ...

Set Berpantang Terbaik Pilihan Ibu

Image
Setiap ibu yang hamil pastinya menginginkan suasana berpantang yang tenang dan relaks ketika tempoh berpantang nanti. Segala persiapan baik dari segi pakaian, mandian dan perkakas bayi sudah tersiap rapi disediakan. Begitu juga dengan Set berpantang ibu. Pastinya ibu sudah membuat persiapan yang rapi dan mencukupi untuk digunakan ketika berpantang nanti. Antara set berpantang yang sering dicari seperti  Phytonatal dari Nona Roguy,  Shaklee,  Afiat dan  Tanamera. Ini antara carian Set Berpantang tertinggi yang direkodkan dalam carian. Tak kisah lah set berpantang mana yang dipilih pastinya ianya akan digunakan sebaiknya dan memberi manfaat kepada ibu berpantang. Didalam kita sibuk memilih dan mencari set berpantang untuk ibu, jangan dilupa juga pada Set berpantang bayi. Ada ke Set Berpantang Bayi? Ada tau. Hehehe. Tapi kami panggil Set Newborn Bayi. Dapat yang mudah dijaga, mudah tidur, memang banyak rest la mamanya kan.  Perlukah kita sediakan...

Cara Merawat Kembung Perut Bayi Dengan Cepat

Image
Kehadiran bayi pastinya dinantikan buat ibu ayah yang lama menanti kehadiran simanja. Segala keperluan bayi pastinya disediakan terutama sekali minyak telon kan? Pasti ada sahaja minyak telon dalam senarai pencarian ibu ayah kan? Antara pilihan minyak telon mak ayah turun temurun Minyak telon ni kita mak ayah sediakan sebab sebolehnya nak elakkan dari bayi kita diserang kembung perut. Tak kena tak apa, tapi kalau dah kena, jenuh kita nak tenangkan anak dan legakan kembung perut anak. Antara punca bayi mudah kena kembung perut ialah: Cara penyusuan yang tidak betul. Pemilihan puting botol susu yang tidak sesuai (pilih lah puting botol susu yang anti colic) Usus yang sensetif dengan protein susu lembu (jika menyusu susu botol) Tanda bayi kembung perut Ibu ayah tahu tak macam mana nak ketahui bahawa anak kalian kena kembung perut? Jom kita ikuti tanda-tanda nya ya. Tanda bayi anda kembung perut Bayi menangis lama, menangis tak boleh bawak bincang lah kir...

New Baby Range Produk Bayi Terbaik

Image
Setiap ibu bapa pastinya hendakkan yang terbaik untuk anaknya. Apatah lagi ibu bapa yang menantikan kelahiran cahaya mata yang pertama. Pastinya akan mencari dan menyediakan yang terbaik untuk bayi pertama mereka. Umum ketahui kan kulit simanja sangat-sangat sensetif. Salah pilih produk pastinya akan membuatkan kulit anak merengsa dan memberi kesan kepada bayi dan juga mata yang melihat. Dan kini minda ibu bapa juga semakin terbuka dan menginginkan produk yang selamat untuk simanja. Terpanggil dengan keterbukaan ibu bapa mengenai produk yang tanpa bahan kimia berbahaya, selamat Tasneem Naturel telah melancarkan 10 rangkaian produk bayi Terbaik di Malaysia. Rangkaian produk ini terdiri daripada mandian bayi, pelembap kulit bayi, 'hand santizer, minyak urutan bayi, pencuci botol dan puting susu bayi, spray penghalau serangga, pencuci mainan bayi dan juga spray untuk memudahkan bayi tidur. Kleenzy Pencuci Puting dan Botol Susu Terbaik Bayi sangat mudah terdeda...

5 Cara Hilangkan Sembelit Bayi

Image
Sembelit. Sembelit adalah suatu keadaan kekerapan membuang air besar adalah berkurang dari biasa. Dan jika terhasilnya najis, najisnya keras dan sangat sedikit. Sembelit tidak terjadi hanya pada orang dewasa sahaja, malah bayi dan kanak-kanak juga mempunyai potensi yang sama juga terkena sembelit.  Bagi bayi dan kanak-kanak ini pastinya sesuatu yang membuatkan mereka berasa tidak selesa dan juga memberi pengalaman yang tidak enak kepada meraka. Kekerapan bayi membuang air besar adalah berbeza mengikut faktor umur dan cara penyusunnya iaitu: a) Bayi menyusu badan sepenuhnya : Buang air besar setiap hari dan normal ju jika sekali dalam 7 hari. b) Bayi minum susu formula : Setiap hari sebaiknya. Tanda-tanda anak sembelit 1) Kerap meragam Bayi akan meragam sekiranya mereka tidak selesa perut. Menangis, merengek antara yang bakal terjadi apabila sembelit. 2) Takut untuk ke membuang air besar Apabila sembelit pastinya rasa sakit dan susah untuk membuang ai...