New Baby Range Produk Bayi Terbaik

Setiap ibu bapa pastinya hendakkan yang terbaik untuk anaknya. Apatah lagi ibu bapa yang menantikan kelahiran cahaya mata yang pertama. Pastinya akan mencari dan menyediakan yang terbaik untuk bayi pertama mereka.


Umum ketahui kan kulit simanja sangat-sangat sensetif. Salah pilih produk pastinya akan membuatkan kulit anak merengsa dan memberi kesan kepada bayi dan juga mata yang melihat. Dan kini minda ibu bapa juga semakin terbuka dan menginginkan produk yang selamat untuk simanja.

Terpanggil dengan keterbukaan ibu bapa mengenai produk yang tanpa bahan kimia berbahaya, selamat Tasneem Naturel telah melancarkan 10 rangkaian produk bayi Terbaik di Malaysia.


Rangkaian produk ini terdiri daripada mandian bayi, pelembap kulit bayi, 'hand santizer, minyak urutan bayi, pencuci botol dan puting susu bayi, spray penghalau serangga, pencuci mainan bayi dan juga spray untuk memudahkan bayi tidur.


Kleenzy Pencuci Puting dan Botol Susu Terbaik


Bayi sangat mudah terdedah dengan pencemaran terutama sekali dari botol susu mereka sendiri. Sekiranya tidak dibersihkan dengan baik, amatla mudah bagi mereka terkena keracunan. Salah pilih pencuci botol juga antara penyebab mereka boleh jatuh sakit tau.

Kini Tasneem Naturel mengeluarkan Kleenzy, pencuci botol susu Organik. Ianya terdiri dari ekstrak daun sireh yang mana bertindak sebagai antibakteria dan juga anti toksin. 



Di dalam Kleenzy tiada kandungan SLS, pewarna tiruan, perasa, pewangi dan juga pigmentasi warna. Sangat mesra alam sekitar.


Bugs Away Penghalau Serangga untuk Bayi


Nyamuk, semut dan serangga kecil yang lain sememangnya amat gemar menjengah badan bayi. Bayi kan, bukan reti lagi nak halau, tepis serangga yang datang mengganggunya. Bila dah kena pastinya bayi akan mula meragam dan merasa tidak selesa. 

Kini ibu ayah tak perlu risau lagi. Di dalam Bugs Away ada kandungan minyak citronella (serai) yang mana terkenal dalam menghalang serangga. Hanya semburkan sahaja pada anggota badan bayi, insyaallah dapat menghalang bayi dari digigit nyamuk dan serangga yang lain.

Bac Out Pencuci Mainan Anak Terbaik

Anak dan mainan berpisah tiada. Namun, ianya amat berbahaya jika tidak dibersih dengan baik. Kebanyakan mainan mudah terdedah dengan bakteria yang sentiasa ada disekeliling dan bayi kita pula mudah dan cepat benar masukkan mainan ke mulut.



Dengan adanya Bac Out ini dapat membantu ibu diluar sana untuk membersihkan mainan anak-anak dengan selamat. Ekstrak sireh, Rosemary dan juga Kaffir Lime antara bahan yang bertindak sebagai antiseptik dan menghalang penularan bakteria.

Kalmy Losyen Pelembap Kulit Simanja

Selepas mandikan simanja pastinya ibu-ibu akan melembapkan kulit simanja dengan losyen bukan? Nah, apakata cuba pula Kalmy Lotion. Selain Shea butter yang dalam bantu memberi kelembapan kulit bayi, Kalmy Lotion juga memberi kesan menenangkan pada simanja.


Kandungan Marjoram, Geranium, Bergamot, Roman Chamomile Oil inilah yang membantu memberi kesan relaks, tenang dan ceria kepada simanja.

Resty Oil Minyak Urut Terbaik untuk Simanja


Ibu-ibu tahu kan kebaikan mengurut simanja? Selain dari memberi masa bersama dengan simanja, urutan ini juga membantu simanja untuk dapatkan rehat dan memudahkan mereka tidur dengan nyenyak.
Ceria simanja bila diurut.

Resty Oil ini bukan sahaja membantu memberi rasa relaks sahaja tau. Kandungan minyak Eucalyptus dan juga minyak Lemon amat membantu dalam mengurangkan selsema, batuk dan juga demam ke atas simanja.


Paling penting dalam Resty Oil TIADA PEWANGI TIRUAN, TIADA PARABEN dan juga TIADA KANDUNGAN MINYAK MINERAL (mineral oil) yang mana ianya boleh menyebabkan pori kulit tersumbat.

Calm Time dan Cf Bath Mandian Terbaik Bayi

Terdapat 2 jenis mandian yang dikeluarkan oleh Tasneem Naturel dan pastinya bukan mandian biasa-biasa. Kedua-duanya ada kesan aromaterapi ke atas si pemakai.

Cf Bath mandian untuk meredakan selsema dan batuk bayi

Tak percaya? Didalam mandian ini terdapat ekstrak minyak Eucalyptus, Cypress, Frankinsense yang mana berfungsi membantu melegakan batuk, mencairkan kahak dan juga melegakan selsema.


Selain itu, kandungan minyak Lemon dan juga Orange sangat-sangat membantu dalam menurunkan suhu demam simanja. Dah tak perlu nak cari Lemon, rendam dalam air. Hanya gunakan mandian Cf Bath sahaja. Mudah dan cepat.

Calm Bath mandian untuk menenangkan bayi

Ada bayi yang tidak banyak ragam. Namun ada juga bayi yang sering dan mudah meragam. Calm Btah ini dirumus khas untuk bayi yang sering tantrum dan juga yang sukar tidur nyenyak.



Calm bath ini dihasilkan untuk memberi rasa tenang kepada bayi/ anak kita. Kandungan Roman Chamomile, Bergamot, Marjoram dan juga Geranium terbukti dapat membantu simanja untuk tenang dan mudah tidur lena.


Hand Sanitiser khas untuk bayi


Seringkali kita dengar mengenai penularan wabak HFMD dikalangan bayi dan kanak-kanak kan? Penggunaan Hand Sanitiser adalah sangat perlu dikalangan bayi dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka terdedah dengan kuman dan wabak tersebut.




Namun dipasaran terdapat banyak produk hand sanitiser yang mengandungi alkohol. Dan pastinya ia sangat tidak sesuai buat bayi dan kanak-kanak kerana mereka seringkali kerap memasukkan tangan ke dalam mulut.

Kini Tasneem Naturel mengeluarkan Hand Sanitiser yang mana menggunakan ekstrak sireh sebagai antiseptik. Didalamnya juga terdapat kandungan aloevera yang memberi kesan melembap kepada kulit si pemakai.



Terdapat 2 variasi bau yang dikeluarkan oleh pihak Tasneem Naturel iaitu Geranium dan juga Berry. Saiznya sangat mudah dibawa kemana-mana.

Baiklah. Lengkap sudah 10 produk penjagaan bayi yang dikeluarkan oleh Tasneem Naturel. Diharap ibu bapa dapat merebut peluang merasai kelainan dan berubah kepada menggunakan produk yang lebih selamat kepada bayi.


"Resty Oil Best! Suka Sangat bau dia. Memang sapu sebelum tido kat badan anak2. Lepastu sapu juga kat rumbut anak. Yang Bestnya, rambut anak jadi lebih lebat tau. Kalau tak, bertahun tak hitam. Ni dah boleh sikat tepi tau"  -Lynn-
"Anak saya ekzema kering. Sekarang memang guna losyen ni. Lepas mandi, badan lembap-lembap tu saya sapu losyen. Kulit dia dah tak berapa kering. Bau wangi, anak pun suka. Memang membantu sangat" - Khairul Bariah-

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN