Posts

Showing posts with the label anak

Cara Mengawal Marah Pada Anak

Image
Sejujurnya menjadi ibu bapa ini tidak mudah. Pelbagai cubaan dan dugaan bakal dan akan kita tempuhi bila punya anak.  Sewaktu awal kelahiran mereka dulu, kita lah yang paling excited kan? Macam-macam nak explore. Almaklum lah anak sulung. Itu nak cuba, ini nak buat Namun, bila anak makin bertambah, suasana pastinya berlainan. Almaklum,  masing-masing punya ragam tersendiri kan? Kita sebagai ibu ayah beranak 2-3 ni mula lah rasa lain macam. Sekali dua dihalang, tak mau dengar ok lagi. Bila dah makin berlarutan pasti selalu yang sulung la dipersalahkan. Walhal adakalahnya bukan berpunca dari dia pun. Qiqi pun tak terkecuali dalam menghadapi situasi begini. Awal-awal dulu, ketika anak kedua dilahirkan, memang Qiqi akui anak yang sulung tu kerap kena marah atau dipersalahkan. Walaupun sebenarnya bukan berpunca dari dia pun. Kita mak-mak ni kan, bila letih emosi dan fizikal cepat saja lah melentingnya. Tapi sejak terbaca artikel mengenai keadaan sebegini, Qiqi tersedar....