Cara Mengawal Marah Pada Anak

Sejujurnya menjadi ibu bapa ini tidak mudah. Pelbagai cubaan dan dugaan bakal dan akan kita tempuhi bila punya anak. Sewaktu awal kelahiran mereka dulu, kita lah yang paling excited kan? Macam-macam nak explore. Almaklum lah anak sulung. Itu nak cuba, ini nak buat


Namun, bila anak makin bertambah, suasana pastinya berlainan. Almaklum,  masing-masing punya ragam tersendiri kan? Kita sebagai ibu ayah beranak 2-3 ni mula lah rasa lain macam. Sekali dua dihalang, tak mau dengar ok lagi. Bila dah makin berlarutan pasti selalu yang sulung la dipersalahkan. Walhal adakalahnya bukan berpunca dari dia pun.

Qiqi pun tak terkecuali dalam menghadapi situasi begini. Awal-awal dulu, ketika anak kedua dilahirkan, memang Qiqi akui anak yang sulung tu kerap kena marah atau dipersalahkan. Walaupun sebenarnya bukan berpunca dari dia pun. Kita mak-mak ni kan, bila letih emosi dan fizikal cepat saja lah melentingnya.


Tapi sejak terbaca artikel mengenai keadaan sebegini, Qiqi tersedar. Salah sangat la kita mak ibu ayah ni main semberono je nak marahkan anak sulung. Dari kecil la kita kena ajar yang mana yang salah harus dipersalahkan. Tak boleh nak menangkan yang bersalah. Nampak sangat tidak adil. '

Marah

Marah adalah satu perasaan yang wujud secara semulajadi yang ada dalam diri manusia. Ianya satu ekspresi spontan yang terjadi apabila kita dizalimi, disakiti ataupun ketika kita sedang ditimpa masalah.

Tiap dari kita pastinya tak dapat menghalang rasa marah itu mendatangi kita, tambahan ketika emosi sedang terumbang ambing. Namun, jangan dibiarkan kerana ketika kita sedang marah, pelbagai kata yang tidak molek boleh terkeluar.

Dan pastinya ianya bukanlah contoh yang terbaik untuk kita paparkan pada simanja kita.

Cara mengawal marah pada anak


1. Duduk jika sedang berdiri, baring sekiranya duduk.


Maksudnya sekiranya ketika marah itu kalian sedang berdiri, cepat-cepatlah duduk dahulu. Dan jika ketika marah itu kalian dalam keadaan sedang duduk, baringlah. 

Insyaallah dari rasa nak marah tu, akan turun dan berkurang peratus kemarahan tu. Dan menundukkan keegoan kita juga.

2. Istighfar

Ucaplah 'Astaghfirullahala'zim. Sesungguhnya tiupan kemarahan ini adalah dari Syaitan. Maka, mintalah dari Allah tiap ketenangan dan dikeluarkan dari kesulitan.

3. Berwudhuk

Sesungguhnya kemarahan itu datang dari syaitan.  Syaitan dicipta dari api dan api dapat dipadam dengan air. Maka jika ada diantara kita sedang marah, berwudhuklah. -Sunan Abi Daud (4784)

4. Diam

Berdiam diri ketika marah adalah lebih baik kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah mungkin bakal mengguris dan menyakiti hati yang mendengarnya.

5. Bau bauan aromaterapi

Sekiranya dirumah kalian ada minyak aromaterapi, cepat-cepat ambil dan hidu. heee. Kesan aromaterapi ni membabitkan emosi kita juga tau especially minyak aromaterapi Marjoram, Bergamot dan juga Geranium.

Ketiga-tiga minyak aromaterapi ni mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu sangat membantu dalam melegakan tekanan, mengurangkan kemurungan dan juga membaeri rasa relaks pada sistem saraf dan otot kita.



Nak yang complete mak dan anak boleh pakai sama? Mudah je ibu-ibu. Boleh je standby Calm Time balm dirumah. Anak tantrum boleh dipakaikan, mak ayah yang rasa stress, nak marah pon boleh sama pakai.

Sama-sama dapat mafaat.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Calm Time Balm boleh klik SINI ye. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu mak ayah yang sedang berhadapan fasa-fasa ini.



Baik tunjuk ajar yang kita paparkan, baik juga lah mereka akan tunjukkan kemudian hari. Namun sekiranya maki hamun yang kita keluarkan, jangan marah bila 1 hari nanti anak kita pula maki hamun kita. Nauzubillahiminzalik.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN