Tips Naikkan Bacaan Hb ketika Hamil

Kehadiran cahaya mata pastinya memberi kegembiraan
kepada seisi keluarga.

Perkara paling gembira bagi seorang wanita adalah apabila disahkan hamil setelah menunggu sekian lama dengan kehadiran cahaya mata. Sebaik sahaja mengetahui diri anda hamil, ada beberapa perkara yang harus ibu-ibu titik beratkan.

Antara yang perlu ibu titik beratkan adalah:

  • Tekanan darah
  • Paras gula dalam darah
  • Bacaan Hb 

Kepentingan menjaga Bacaan Hb Ketika hamil


Untuk kali ni Qiqi fokus berkaitan bacaan Hb ketika hamil. Ini kerana jika kalian melawati Klinik Ibu dan Anak pasti akan kedengaran rungutan, keluh kesah jururawat mengenai bacaan Hb ibu-ibu hamil yang dikendalikan oleh mereka.
Setiap kali temujanji klinik pastinya bacaan hemoglobin akan diambil.

Mari kita lihat apakah kepentingan kita dalam menjaga paras Hb ketika hamil. Adalah sangat penting bagi ibu hamil menjaga paras hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah -Hb). Ini kerana, jika kekurangannya akan mengganggu pembekalan oksigen ke atas tisu ibu dan juga bayi.

Kesan Hb Rendah

Bacaan Hb yang sebaiknya untuk ibu hamil adalah 12gr/dl dan keatas. Sekiranya bacaan bawah dari 12gr/dl, ibu-ibu tidak boleh ambil ringan kerana ianya bukan sahaja memberi kesan kepada ibu malah membahayakan nyawa bayi dalam kandungan juga.

Berikut adalah bacaan yang sebaiknya dicapai ketika hamil.

Ibu mudah pening, pitam. Tanda anemia
Antara kesan kepada ibu hamil sekiranya bacaan Hb kurang ialah:
  • Pitam
  • Pucat
  • Rasa Penat
  • Tumpah darah
  • Sawan
Bagi bayi pula kesannya adalah risiko kematian bayi didalam kandungan kerana kekurangan kekurangan bekalan oksigen untuk sampai ke bayi dan seterusnya membantutkan dan mengakibatkan kematian pada bayi.

Oleh itu amatlah harus dititikberat dan dijaga dengan baik bacaan Hb ketika hamil ini. Doktor dan jururawat takkan saja-saja bising pada kita tau. Mereka sekadar menasihat dan mengingatkan. Semuanya demi menjaga kesihatan untuk ibu dan juga bayi didalam kandungan.

Tips Naikkan Bacaan Hb


Kesan kekurangan Hb kita dah tahu. Jadi, bagaimana pula cara kita nak naikkan bacaan Hb ya? Mengikut apa yang disarankan oleh mereka yang arif dan juga berpengalaman, antara ikhtiar yang ibu-ibu boleh amalkan adalah:

1. Lebihkan ambil sayuran hijau

Lebihkan sayuran. Boleh dimasak mahupun buat ulaman.

Ibu-ibu boleh ambil sayuran seperti bayam, pegaga, brokoli, sawi. Tinggi kalsium dan juga zat besi.

2. Jambu batu 

Kandungan Vitamin C dalam jambu batu merah adalah 5x lebih tinggi dari buah oren.
Tahukah ibu-ibu jambu batu ini kaya dengan kandungan Vitamin C? Terutama sekali bagi jambu batu merah. Buah-buahan yang tinggi Vitamin C membantu penyerapan zat besi kedalam tubuh kita tau.

3. Delima

Boleh diamalkan dengan buahnya mahupun pati delima.
Didalam buah delima terdapat kandungan Vitamin C, fosforus, magnesium, kalsium zink dan zat besi yang tinggi. Jadi tidak hairanlah bacaan Hb cantik saja bila amalkan buah delima.

4. Kerang

Sedap dibuat rebus ni korang. ehehhee
Sangat bagus untuk wanita yang sering keletihan. Ia sangat bagus bagi mengatasimasalah kekurangan folik asid dan juga Vitamin B12. Didalam kerang juga terdapat zat besi yang mana sangat penting dalam mengekalkan paras hb dalam keadaan yang baik.

5. Pil Iron

Jangan lupa ambil tau.
Haaaa.. Ini paling penting tau. Apa yang klinik bekalkan ibu-ibu jangan culas ya nak ambil. Elakkan ambil pil iron bersama minuman berkafein. Sebaiknya ambil bersama air kosong mahupun yang terbaik ambil bersama dengan jus buah.


Moga sedikit sebanyak tips ni dapat membantu ibu-ibu hamil diluar sana ikhtiar untuk tingkatkan bacaan hb ketika hamil. Boleh kata semua tips ni Qiqi dah cuba ikhtiar dan alhamdulillah menjadi. Cuba jangan tak cuba ya.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN