5 Cara Hilangkan Sembelit Bayi

Sembelit. Sembelit adalah suatu keadaan kekerapan membuang air besar adalah berkurang dari biasa. Dan jika terhasilnya najis, najisnya keras dan sangat sedikit.


Sembelit tidak terjadi hanya pada orang dewasa sahaja, malah bayi dan kanak-kanak juga mempunyai potensi yang sama juga terkena sembelit. 

Bagi bayi dan kanak-kanak ini pastinya sesuatu yang membuatkan mereka berasa tidak selesa dan juga memberi pengalaman yang tidak enak kepada meraka.

Kekerapan bayi membuang air besar adalah berbeza mengikut faktor umur dan cara penyusunnya iaitu:

a) Bayi menyusu badan sepenuhnya: Buang air besar setiap hari dan normal ju jika sekali dalam 7 hari.

b) Bayi minum susu formula: Setiap hari sebaiknya.


Tanda-tanda anak sembelit

1) Kerap meragam

Bayi akan meragam sekiranya mereka tidak selesa perut. Menangis, merengek antara yang bakal terjadi apabila sembelit.

2) Takut untuk ke membuang air besar

Apabila sembelit pastinya rasa sakit dan susah untuk membuang air besar itu ada. Dan ini akan memberi kesan emosi takut membuang air besar pada si manja.


3) Kurang selera makan

Bayi akan kurang selera makan/menyusu apabila perut tidak selesa.


4) Buang air besar 3 kali seminggu

Kekerapan membuang air besar tidak seperti kebiasaan. Kebiasaannya setiap hari namun berubah 3-4 kali seminggu sahaja.

5) Najis sedikit dan keras

Najis yang sihat adalah lembut dan banyak. Sekiranya najis simanja keras dan sedikit, ibu-ibu diminta pantau ya.


6) Meneran teruk

Apabila sembelit, pastinya najis susah untuk keluar. Ekspresi dan riak muka simanja ketika membuang air besar perlu dilihat dan dipantau agar dapat disembuhkan dengan segera. 

Cara Hilangkan Sembelit


Ibu ayah diluar sana pasti tidak mahu membiarkan sembelit simanja berlarutan bukan? Pastinya ada cara untuk kita elak ataupun pulihkan agar simanja bebas dari sembelit.

Antara cara yang boleh ibu ayah lakukan ialah:


1) Beri makanan sumber Prebiotik






Tahukah korang Keledek antara makanan yang mempunyai sumber prebiotik

Prebiotik ini ialah serat yang tidak dihadam dalam sistem pencernaan manusia. Tetapi ia membantu melembutkan najis. Ia juga membantu pertumbuhan bakteria yang baik dalam usus yang membantu sistem pencernaan lebih sihat.

So, jangan culas-culas perkenalkan keledek pada anak-anak tau.


2) Lebihkan pengambilan air kosong


Sembelit lebih mudah terjadi sekiranya pengambilan air kosong tidak mencukupi. Terutama sekali bagi yang menyusu susu formula.

Kita sebagai ibu ayah pun boleh menunjukkan contoh yang baik dengan minum bersama-sama simanja. 


3) Beri buah-buahan tinggi serat


Bagi bayi yang mula makan makanan pejal, ibu-ibu boleh perkenalkan buah-buahan yang tinggi serat kepada mereka. 

Antara buah yang tinggi serat seperti buah oren, kurma, pir dan sebagainya. Boleh diberi dalam kaedah potongan buah mahupun jus.


4) Tukar susu

Sekiranya anak anda minum susu formula, adalah lebih baik cuba untuk menukar susu. Ini kerana tak semua susu sama kandungannya dan tak semua bayi sesuai dengan sesuatu jenis susu tersebut.

Langkah lebih selamat untuk menukar susu formula adalah dengan mengambil pek percubaan dahulu. Sekiranya sesuai, boleh teruskan dengan susu tersebut.


5) Urut simanja

Tahukah korang dengan mengurut simanja juga dapat membantu mereka membuang air besar dengan mudah? Ya! Urutan bukan sahaja melegakan otot dan anggota badan, namun memberi kesan kepada sistem pencernaan kita juga

Antara urutan yang boleh dilakukan ialah:

URUTAN I LOVE U 

a) Urut secara menurun dibahagia kiri perut bayi.
b) Kemudian urut seperti bentuk L. Urut melintang bawah dada dari kanan ke kiri dan turun ke bawah bahagian kiri.
c) Kemudian buat urutan seperti bentuk 'U' terbalik pada perut simanja.
d) Untuk kesan yang lebih OPTIMUM boleh sapukan T RUB balm sebelum mengurut simanja.

Kaedah urutan dibawah ini pula boleh digunakan untuk mengelakkan atau menghalang simanja dari mudah kembung dan juga sembelit. Ibu-ibu boleh ikhtiarkan sama ya. Ikuti step-step seperti didalam gambar dibawah.




Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu ayah diluar sana dalam menghadapi sembelit simanja. Sekiranya anak-anak kalian tidak pernah kena, diharap dengan beberapa input yang diberi ini dapat menghalang simanja dari terkena sembelit.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN