Balm T Rub Penawar Kembung Dan Sembelit Bayi
Rutin harian ibu- ibu selepas memandikan anak pastinya akan membuat sapuan minyak angin/ telon pada perut/ ari-ari bayi untuk mengelakkan simanja kembung perut mahupun sembelit.
Banyak kebaikan sebenarnya bila kita melakukan urutan badan pada simanja kita selepas mandi. Antaranya dapat berbonding time dengan anak, melegakan lenguh simanja dan dalam masa yang sama memberi rasa tenang pada simanja. Bila anak tenang, gembira, ibu pun mudah lah nak menyiapkan kerja rumah. Tak begitu?
Bagi ibu bapa yang mementingkan keselamatan dan kesan ke atas bayi, tak salah kiranya korang bertukar ke arah produk yang 100% Semulajadi, diformulasi khas untuk simanja iaitu T RUB Balm dari Tasneem Naturel.
T Rub Balm diformulasi khas untuk fokus pada masalah:
T Rub Balm diformulasi khas untuk fokus pada masalah:
- Membantu masalah sembelit
- Mengurangkan masalah kembung perut
- Mengurangkan masalah cirit birit
- Membantu masalah sakit perut
- Membantu ibu mengandung yang loya, pedih ulu hati
- Membantu wanita yang mengalami masalah senggugut
Bahan dalam T Rub Balm
Cuba anda perhatikan, pati minyak apa yang digunakan dalam T Rub Balm? Kebanyakan bahan dari dalam dapur kita kan?Kita ni kalau rajin boleh sahaja ambil bahan-bahan dari dapur tu. Tapi sekarang ni dah mudah. Ambil T Rub Balm, sapu sahaja pada bahagian yang bermasalah.
T Rub Balm diformulasi sesuai penggunaanya seawal usia newborn sehinggalah dewasa. Ia juga sangat praktikal dan mudah dibaw kemana-mana sahaja.
Jom kita tengok bahan-bahan dan kelebihan bahan tersebut.
Fennel
Bertindak sebagai Antipasma yang mana berguna untuk masalah usus terganggu, kejang otot, terseliuh, ulser, lecur, perut kembung, cirit-birit dan juga masalah pencernaan.
Ianya juga bertindak sebagai Analgesik iaitu berguna dalam masalah seggugut, sakit pinggang, sakit kepala, dan sakit gigi.
Bagi yang punya masalah selera makan boleh juga mencuba Fennel.
Ginger/ Halia
Kerap kali digunakan dalam masakan dan adakalanya dimakan/ ditambah dalam minuman untuk tujuan buang angin.
Antara kegunaan halia didalam T Rub ialah merangsang pengeluaran jus gastrik dan air liur yang boleh membantu dalam masalah penghadaman. Ianya juga membantu melegakan ketidakselesaan perut/ kembung perut. Ianya juga membantu dalam membuang toksin.
Orange
Memberi aroma sitrus yang menyegarkan. Ianya dapat mengurangkan rasa loya dan juga membantu mereka yang mempunyai masalah insomnia.
Berdaya mengurangkan tekanan dan menaikkan mood yang positif.
Juniper
Ianya bersifat antibakteria. Membantu mencegah jangkitan bakteria pada saluran pundi kencing.
Ianya juga membantu merangsang pencernaan, Ianya juga membuat ia lebih mudah untuk memecahkan dan penyerapan protein, lemak dan nutrien dari makanan.
Cara Sapuan T Rub Balm
Baiklah. Fungsi T Rub kita dah tahu, bahan-bahan dalamnya pun kita dah kenal dan tahu apa kebaikannya. Jom kita belajar pula cara sapuan T Rub, agar masalah yang kita nak tangani tu dapat diatasi dengan jayanya dengan cara sapuan yang betul.
Cara atasi bayi sembelit atau kembung.
Disini Qiqi kongsikan 4 cara sebagai ikhtiar membantu mengurangkan masalah kembung dan juga sembelit.
- Ambil T Rub Balm.
- Buat urutan I 💗U (tarik dari kiri ke kanan dan ke bawah)
- Sapukan balm pada perut, pelipat peha, betis dan tapak kaki.
- Akhir sekali, buat senaman kayuhan basikal. (gerakkan kaki seperti mengayuh basikal)
Testimoni
PAKAI LEPAS MANDI, BANYAK ANGIN BABY KELUAR
"Pakaikan lepas mandi, banyak kali dengar sikecil buang angin"- Puan Sara
LEPAS SAPU TRU TAK SAMPAI SETENGAH JAM ANAK BUAH BERAK!!! EKSPERIMEN BERJAYA!!!
Anak buahnya 5 hari tak berak, sembelit. Menangis bila nak membuang. Alhamdulillah tak sampai setengah jam, terus berak. - Pengguna T RUB
Semoga penerangan yang Qiqi berikan dapat membantu para pembaca untuk lebih faham berkaitan produk Tasneem Naturel.
Sekiranya ada diantara kalian yang ingin bertanya ataupun membeli item secara online boleh klik salah ikon ni ya.
Untuk pertanyaan lanjut,dan juga untuk mendapatkan produk Tasneem Naturel boleh juga terus hubungi Qiqi
Comments
Post a Comment