Agen Tasneem Naturel Perak

Assalamualaikum wbt dan salam perkenalan.

Hai semua. Kita disini namanya Nurul Aqilah. Nak panggil Qila boleh, nak panggil Qiqi pon boleh. Ikut mana yang korang selesa. Anak sulung dari 3 orang adik beradik. Sudah berkeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata perempuan.


Gambar raya bersama mertua. Heee

Qila merupakan suribisnes sepenuh masa. Sebelum ni banyak juga item yang Qila pernah jual tapi awal 2019 baru ni Qila memilih untuk fokus kepada item Tasneem Naturel.

Pertemuan pertama Qila dengan Tasneem Naturel ni sewaktu awal permulaan Alina kena ekzema. 'Mak' bisnes kita yang sekarang ni la orang yang temukan Qila dengan Tasneem Naturel. Pada masa tu 'mak' ni suruh try je dulu. Yakin tak yakin je tau masa guna tu, Hehehe..

Alina sewaktu umur 7 bulan. Pengguna tegar Skeenz
dan juga Cf Rub balm


Tapi alhamdulillah dengan izin Allah memang serasi dengan Alina. Nak kata terus baik tu tidak lah kan, makan masa juga. Ekzema ni bukan faktor luaran je kena jaga. Dalaman pon kena jaga. Tapi dengan bantuan Skeenz dari Tasneem Naturel ni alhamdulillah banyak sangat membantu terutama bahagian kulit Alina yang kering dan juga gatal-gatal. Bila gatal-gatal lekas je sapu Skeenz, memang pantas bertindak. Syukur.

Sejak dari tu tekad nak berkongsi manfaat dan sebarkan kebaikan barangan Tasneem Naturel. Biar lebih ramai ibu bapa yang dapat manfaat dari Tasneem Naturel ni. 


Oh ya, Qila ada simpan stok ditangan ye. So, bagi ibu-ibu yang nak dapatkan item Tasneem secara 'pick up', 'Cash On Delivery(COD)', mahupun untuk dipos, jangan malu-malu untuk hubungi Qila ye.




Berikut adalah kawasan yang qila lakukan penghantaran terus kerumah iaitu, Manjung, Sitiawan, Ayer Tawar, Beruas, dan juga Bota. Kalian boleh terus hubungi ataupun whatsapp ditalian 0105642132

Kalian boleh juga layari:

Facebook Page: Balm Tasneem Ayer Tawar
Instagram: balmtasneem_ayertawar 

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN