Cara Merawat Pedih Ulu Hati Ketika Mengandung

Sering diserang pedih ulu hati ketika mengandung? Ya, bukan anda seorang saja yang mengalami. Boleh dikatakan kebanyakan ibu-ibu mengandung akan mengalami masalah yang sama juga ketika mengandung.

Macam mana rasa pedih ulu hati?


Pedih Ulu hati bermaksud apabila merasa seperti rasa terbakar atau rasa panas dan pedih dibahagian dada atau dibahagian tengah perut betul-betul bawah dada.

Apakah punca pedih ulu hati ketika mengandung?


Antara punca ialah kerana asid didalam perut yang naik (reflux) ke saluran pemakanan (esofagus) disebabkan kebocoran otot sfikter esofagus bawah (LES) yang terletak diantara esofagus dan perut.

Antara simptom pedih ulu hati ketika mengandung ialah:
  • Pedih bahagian dada
  • Perut tidak selesa
  • Sukar menelan
  • Rasa seperti makanan tertolak
  • Terasa pahit pada mulut
Kebanyakannya ia terjadi ketika kita makan dan minum. Dan seterusnya mengganggu masa tidur dan juga memberi kesan kepada selera makan ibu mengandung.

Cara Merawat Pedih Ulu Hati Secara Alami

1. Elakkan makanan pencetus pedih ulu hati. 

Antara makanan yang mencetuskan pedih ulu hati yang perlu dielak ialah:
  • Coklat
  • Makanan pedas
  • Makanan ataupun buah yang berasid (Jeruk, buah limau dan sewaktu dengannya)
  • Makanan berminyak
  • Minuman berkafein




2. Ubah tabiat makan.

Ubah dan amalkan tabiat pemakanan yang baik seperti:
Elakkan makan lewat malam
  • Elakkan makan makanan yang berat 3 jam sebelum tidur
  • Makan dengan kadar sedikit tapi kerap
  • Kunyah dengan perlahan
  • Elakkan makan bersulam dengan air
  • Elakkan baring selepasa makan (jika terpaksa baring, baring sebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat untuk elak dari reflux)

3. Amalkan makanan/minuman yang boleh elak dari pedih ulu hati

  • Betik

Mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut








  • Susu dadih asli

Mempunyai probiotik yang membantu menyeimbangkan asid dan membunuh bakteria jahat yang ada dalam usus penyebab penyakit.









  • Air kosong


Minum air kosong 8-12 gelas sehari. Elakkan minum banyak sekaligus.








4. Ubah gaya tidur

Tinggikan bahagian atas badan ketika baring. 
Lebihkan baring disebelah kiri bagi membantu asid turun ke usus dengan lebih cepat untuk elak dari reflux.



5. Sapu T Rub balm


T Rub balm seringkali menjadi favourite mak-mak yang mengandung ketika ini. Selain dari mampu mengelakkan dari loya dan juga mual-mual, ianya juga membantu mengurangkan rasa pedih ulu hati.


Hanya sapukan pada bahagian ulu hati, beberapa ketika akan sendawa dan ada juga yang muntah. T Rub amat membantu dalam mengeluarkan angin dan memberi rasa lega untuk pedih ulu hati.


Diharap dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu ibu-ibu untuk menghadapi dan merawat pedih ulu hati. 

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN