Antibiotik Punca Ekzema Semakin Flare?





Baru-baru ni Alina kena bisul tapi sebelum ni tak nampak sangat lagi betul ke tidak bisul sebab mengelembung saja tanpa rasa sakit. 








Selalu kalau betul bisul, bila disentuh kawasan yang mengelembung tu akan rasa sakit dan pastinya budak akan elak dari disentuh kan? Tapi Alina baru ni sangat-sangat tenang dan tak mengelak pun bila mamanya sentuh kawasan benjol tu. Risau sebeb makin lama benjolan tu makin besar, mama pun bawa ke klinik dan rujuk pada doktor. Doktor sendiri pun tak pasti apa bendanya. Sebab Alina tiada simptom untuk masalah bisul iaitu sakit dikawasan benjol, demam or kurang selera makan.

Besar juga tau saiznya. Lebih kurang size 20 sen baru gitu.Mau mamanya tak risau.

Mama pun naik risau la bila doktor sendiri pun tak pasti apa penyakitnya. Tapi doktor sarankan untuk makan antibiotik dan 'follow up' selepas 3 hari dari tarikh jumpa. Sampai rumah terus mama on antibiotik. Perlu bagi 4 kali sehari sebaiknya. Alhamdulillah, mungkin terksean lepas makan antibiotik, malamnya tu mama perasan nampak dot putih pada benjolan tu. Sentiasa pantau mana tahu akan pecah kan. Boleh 'standby' apa yang patut. Dan ya, malam tu juga pecah, dalam jam 11 malam.



Waktu bisul mula meletus pecah. Dekat 10 helai tisu basah juga mama gunakan.

Yang keluarnya air bisa, darah dan juga nanah. Alhamdulillah, memang bisul dan ianya dah mula keluar. Mama bukan apa, risau benda lain je. Itu pun selepas on antibiotik. Kalau tak, mau besar mana dia mengelembung mama tak tahu.


Apa itu Bisul?

Bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul didalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan bakteria atau parasit)

Biasanya dirawat melalaui kaedah pemberian antibiotik mahupun pembedahan.

Kenapa anak-anak ekzema kerap kena bisul?


Menurut apa yang diberitahu doktor,  anak-anak ekzema memang mudah dan kerap terjadinya bisul. Ini kerana, mereka kerap menggaru. Tak kira tempat dan kerap menukar lokasi menggaru. So, sangat-sangat mudah bagi mereka nak kena infection akibat dari aktiviti menggaru.

Antibiotik dan Kesannya

Tapi kan, apa yang Qiqi perasan. Bila Alina mula on antibiotik 'flare' makin meriah muncul. Perasan tak mak-mak yang punya anak ekzema? Jika anak-anak kalian on antibiotik pastinya lebih meriah dan galak flare muncul? Nak tahu apa kesan antibiotik pada simanja? 

Antibiotik

Antibiotik ialah ubat yang digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan bakteria.  Antibiotik TIDAK BERKESAN terhadap jangkitan virus seperti demam biasa, selsema dan bronkitis akut iaitu sejenis keradangan pada saluran pernafasan (tiub brokiul) didalam paru-paru.

Antibiotik ni WAJIB ambil jika keperluan mendesak dan perlu pulihkan gut dan on probiotik selepas pengambilan antibiotik.

Kesan Antibiotik

Antibiotik ini ubat. Pastinya ada kesan sampingan. Namun, antibiotik juga mampu menyelamatkan nyawa kita. Tetapi sekiranya jika digunakan secara sewenang-wenangnya ia boleh merosakkan kesihatan terutamanya pada jangka masa panjang.

Antibiotik ini memusnahkan bakteria baik dan jahat sekaligus. Dan jika mengambilnya tanpa keperluan mendesak menyebabkan antibakteria baik tidak dapat bekerja secara optimum. Kesannya? Candida yang terlebih populasi pun mula bermaharajalela.


Bakteria usus tidak optima, jika dirawat hanya dengan antibiotik keadaan akan kembali semula kerana antibiotik bunuh bakteria jahat dan juga bakteria baik dalam spektrumnya. Dan ia akan meninggalkan kulat serta bakteria jahat diluar spektrum antibiotik.

Dan apa kesannya pada si pejuang ekzema?


Bilamana bakteria baik terkesan dengan kehadiran antibiotik, makanya mudahlah flare untuk timbul dengan meriah. Tambahan, kandungan antibiotik yang manis itu memudahkan lagi 'flare' untuk muncul dengan meriahnya.

Keadaan 'flare' pada muka Alina. Meriah kan?
Bila Alina mula flare dengan meriah, mama pastinya orang yang paling risau. Risau bukan apa, aktiviti menggarunya pasti lebih aktif dari biasa. Mama memang kena kerap pantau. 

Bila anak 'flare', apa yang Qiqi akan pasti dan wajib buat ialah:
  • Kerap pantau aktiviti Alina (especially bab menggaru)
  • Elakkan dia terdedah dikawasan yang mudah berpeluh
  • Pakaikan pakaian jenis kapas
  • Pakaikan pakaian yang berlengan panjang (tangan dan kaki)
  • Lembapkan kulit yang kering dengan lotion BSS
  • Kerap buat sapuan Skeenz pada kulit yang naik 'flare'
Alhamdulillah, lepas amalkan apa yang Qiqi listkan ni, banyak dapat kurangkan flare dan aktiviti menggaru Alina. Anak gembira, mama pun ceria tau.

So, ibu-ibu yang ada anak ekzema dan jika anak terpaksa ambil antibiotik, boleh cuba seperti yang Qiqi amalkan ye. Moga serasi dan dapat mengurangkan 'flare' anak. Moga bermanfaat buat kalian.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN