Punca Ekzema dan Rawatan

Ekzema adalah salah satu masalah keradangan kulit yang berbentuk berbiji ruam merah, gatal dan kelihatan seperti melecur dan berair. Ada yang berbiji ruam sahaja, namun jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan kegatalan.



Ianya kerap terjadi pada kawasan pelipat tangan, ketiak, lutut, kaki dan juga muka. Bahagian kulit yang terlibat akan menjadi tebal dan berkerak. Ada sesetengah pesakit mengalami kondisi kulit seperti 'elephant skin' kerana ianya makin menebal dan kasar.

Namun, walaupun kondisi kulit mereka yang alami ekzema ni agak memeritkan untuk dilihat, namun ianya TIDAK BERJANGKIT ya.


Punca ekzema


Punca sebenar mengenai ekzema tidak dapat disimpulkan dengan pasti namun, ini antara yang kebanyakan dibicarakan faktor penyebab ekzema:

  • Keturunan
  • Persekitaran (berhabuk/kering/panas/kering)
  • Pemakanan (ada alahan pada makanan tertentu)
  • Alah pada bahan pembersih/ minyak wangi/bahan kimia
  • Psikologi (Stress/anxiety(Kebimbangan)/

Tanda-tanda Ekzema


Antara tanda-tanda anda ataupun simanja kena ekzema ialah:
  • Kulit kelihatan kasar, bertompok kasar
  • Ruam kemerahan
  • Gatal (kerap menggaru)




Pengalaman tentang Ekzema

Anak Qiqi sendiri, Alina (anak ke 3) sedang mengalami masalah Ekzema ini. Ianya terjadi seawal umur 2-3 bulan. Pada mulanya Qiqi sangkakan ianya masalah ruam/ makan di air sahaja. Namun, setelah berkali-kali jumpa doktor dan juga berkali tukar ubat tapi tidak berkesan, doktor mengesahkan bahawa ianya adalah ekzema.



Luluh juga hati ni bila dapat tau kondisi sebenar kulit Alina sebegitu. Masakan tidak, kakak-kakaknya sebelum ni tidak pernah jadi. Qiqi pula sebelum ni hanya nampak di Facebook sahaja bab-bab ekzema ni. Tak sangka pula kali ni diduga.

Seawal pengalaman mengendalikan anak yang ada ekzema ni memang sukar. Kerap saja air mata ni menitik bila lihat anak menggaru setiap malam. Asal malam je anak akan kerap menggaru. Asal moody je pasti dia akan kerap menggar. Bila emosi menekan, ianya akan menyebabkan 'flare' dan seterusnya meningkatkan rasa nak menggaru.


Rawatan dan Penjagaan

Setiap penyakit pastinya ada cara rawatan langkah pencegahan untuk mengelakkan ia dari berlarutan. Antara yang Qiqi lakukan ialah perubahan dari segi emosi. 

Jika dulu kerap menangis, marah-marah, Qiqi cuba untuk mengawal dan menjaga emosi supaya sentiasa kekal positif. Dalam masa yang sama Qiqi juga mengelakkan makanan:



  • Fast food (KFC, Mc D, Pizza dan sewaktu dengannya)
  • Junk food (Keropok, coklat)
  • Process food (sosej, Nugget,biskut) 
  • Gluten food (makanan berasaskan tepung gandum, nestum)
  • Makanan/ Minuman yang manis (kek/ ice blended/minuman manis)

Alhamdulillah, dengan melebihkan makanan yang "real food" seperti pengambilan sayur-sayuran dan juga buah-buahan, protein dan juga karbohidrat bersama juga pengambilan air kosong, banyak sangat kesan positif yang dapat dilihat berbanding awal dahulu. 


Disamping penjagaan dalaman, penjagaan luaran pastinya dititikberatkan. Sejak Alina disahkan menghidap ekzema, Qiqi terus berhentikan menggunakan sabun mandi, termasuklah sabun bayi sekalipun. Ini kerana kulit Alina memang cepat kering. Bila kering pastinya aktiviti menggaru akan rancak dijalankannya.

Namun, sejak adanya Baby Spa Set dari Tasneem, mama dah boleh mewangikan Alina tanpa ragu-ragu. Selain dari mewangikan, ianya juga dapat memberi mood tenang pada Alina. Bila tenang jiwanya memang aktiviti menggaru dapat dicegah dengan baik.



Nak tahu lebih lanjut mengenai Baby Spa Set boleh klik SINI ya. 

Disamping itu juga, Alina antara pengguna setia Skeenz Balm tau. Skeenz balm sangat-sangat membantu dikala kulit Alina dinaiki ruam, 'flare' sewaktu ekzema sedang memuncak. Jika kelihatan je 'flare' pada bahagian muka, pelipat siku mahupun lutut, cepat-cepat Qiqi sapu nipis Skeenz. Alhamdulillah, memang mudah reda gatal-gatal pada kulit Alina. 


Walaupun belum pulih sepenuhnya tapi Qiqi memilih untuk ikhtiar secara alami dan sebolehnya untuk tidak menggunakan steroid. Alhamdulillah walaupun makan masa tapi Qiqi sangat berpuas hati dengan cara ini. Banyak kesan positif yang Qiqi dapat lihat pada kulit Alina.

Krim ada steroid tu tak bagus ke? Krim ada steroid ni boleh je digunakan tapi kalau boleh jangan terlalu kerap bergantung kerana ianya boleh menipiskan kulit jika diamalkan berpanjangan.

Pilih ikut cara yang anda selesa. Jika ingin memilih cara seperti Qiqi, boleh follow rapat ya ataupun jika ada sebarang pertanyaan boleh terus Whatsapp Qiqi di nombor ini ya.


Comments

  1. Selamat membaca. Semoga memberi manfaat

    ReplyDelete
  2. selamat membaca. moga perkongsian berguna untuk anda semua

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN