Durian Punca Flare Ekzema?

Durian oooohhh Durian.Siapa lah yang tak minat durian kan?Ramai je kan peminat durian? Termasuk lah tukang tanya ni ha. Qiqi pon antara geng yang minat durian ooo. Asal musim durian je mesti kalut nak balik kampung nak rasa durian pokok arwah tok. Kalau tiada pon mesti ada beli juga, habuan merasa.



Dalam keluarga kecil kami ni alhamdulillah semua pakat minat durian. So, kalau setakat beli 3-4 biji tu tak risau la kalau tak habis. Confirm habis punya. Actually awal-awal musim durian baru ni, Qiqi tertanya-tanya juga lepas ke kalau Qiqi makan durian, risau naik 'flare' pada si Alina. Yelah kan, durian ni
boleh tahan manis juga. Selalunya yang manis-manis ni mudah je naik flarenya.

Durian pokok mak, gebus-gebus isinya muma wey


Memang kalau ikutkan tak nak sentuh dah durian musim kali ni. Tapi, ada terbaca 1 coach ekzema ni kabor, Durian ni pass je kalau anak ekzema makan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Tak fikir banyak dah, memang makan la durian kali ni. Tapi, dalam keadaan yang berpada-pada lah, bersederhana.


Dulu, lebih kurang gini la mek Alina. La ni kurang banyak.

Apa lah yang menyebabkan orang kata Durian ni tak sesuai untuk pejuang ekzema? Ramai mengatakan ianya tinggi kandungan Histamine dan juga tinggi kandungan gula. Betul ke?
.
.
.
..
.
Teeetttt....

Yang sebenarnya Durian adalah buah yang memiliki simple sugar iaitu, glucose, sucrose dan fructose. Ianya TIDAK menyebabkan gula dalam darah naik begitu cepat. Cumanya ia dinasihatkan supaya makan bersederhana dikalangan pesakit diabetis kerana ia sangat tinggi karbohidrat dan kalori.



Betul kah Durian juga TINGGI HISTAMIN?
.
.
.
.
.
.
.
Setakat ini dalam kajian belum terbukti ianya tinggi histamin. Sebaliknya Durian antara buah yang membunuh parasit usus, tinggi nutrien dan membantu dalam masalah kulit.



Kesian Durian, dituduh bukan-bukan tanpa bukti kukuh. Ish3.. So, mak-mak yang menyusu badan anak dan dalam masa anak ada ekzema, jangan risau-risau nak makan durian. Cuba je makan dalam kadar sedikit dahulu. Tengok apa reaksi kulit anak. Kalau Okay, on saja. Heee. 

Pssst!! Keledek, kentang,pisang, kacang kuda juga mengalami nasib yang sama, digosip punya TINGGI HISTAMIN tapi hakikatnya TIDAK. 

Apa-apa pun makanlah dalam keadaan bersederhana. Itu lebih terbaik. Tak giteww.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN