Cara Tidurkan Bayi di Waktu Siang

Bayi mahupun kanak-kanak pastinya mereka mempunyai dunia mereka sendiri kan? Temasuklah kita yang dewasa ni. Ada sahaja aktiviti yang mereka akan buat dan lalui. Hari-hari yang berlalu pastinya sedikit sebanyak mempunyai perbuatan berulang dan juga pastinya ada kelainan juga.


Ada hari ceria, maka cerialah ibunya. Tapi bila ada hari yang kurang ceria, meragam pastinya hati ibunya juga tidak tenang. Ada 1-2 pujukan dah berjaya buat simanja diam dan tersenyum. Namun, adakalanya dengan ibunya sekali boleh menangis berjemaah dengan si anak. Hehehe.. Itulah uniknya hubungan ibu dengan anak kan. Yang pastinya kedua ini tak dapat dipisanhkan.

Bayi atau anak-anak ini emosinya akan ceria, bahagia bila mereka mempunyai tidur yang cukup. Tak percaya? Cuba ibu ayah biarkan simanja 1 hari tidak tidur dan perhatikan moodnya. Adakah ceria, aktif? Pastinya lebih kepada muram, kerap meragam dan juga menangis.


Namun jika kita pastikan tidur dan rehatnya cukup, bagaimana pula emosinya? Pastinya lebih ceria, gembira dan hari yang dilalui akan lebih tenang berbanding ketika mereka tidak cukup tidur.

Qiqi sendiri mengalami benda yang sama, especially anak kedua dan ketiga Qiqi iaitu K. Ngah dan juga Alina. K. Ngah ni kalau balik dari sekolah nampak moody, marah-marah tu tandanya petang tu dia memerlukan tidur petang la. Macam mana cara pun mamannya kena usahakan juga untuk dia tidur.

Kadang jadi kawan baik, kadang kawan gaduh
2 beradik ni. hehehe

Untuk Alina ni selalunya bila kita dah tidurkan sikakak, mudah dah untuk dia lena. Hanya perlu susukan dia sampai kenyang, pengudaraan yang baik, suasana yang tenang, mudah bagi dia lena.

Namun Qiqi akui terdapat juga bayi/ anak-anak yang walaupun sudah mengantuk namun sukar juga mereka melelapkan mata kan? Jom ikuti sedikit tips/ Cara tidurkan simanja kita diwaktu siang

Tips tidurkan simanja di waktu siang


1. Perhatikan tanda-tanda bayi hendak tidur.

Ada bayi yang tak menunjukkan sebarang tanda pun namun ada juga yang memberi 'sign' tertentu menandakan dia mula mengantuk. 

Antara tanda yang kerap terjadi ialah, menangis, menggosok-gosok mata, menguap, cepat moody jika diusik.

Maka, cepat-cepatlah mama bawa saya tidur ye mama. ehehehe





2. Latih bayi dengan rutin sebelum tidur


Antara rutin yang boleh dibuat dan diamalkan ialah mandikan bayi/anak dengan air suam.
Syoknya dia tidoq

Boleh juga mama-mama bedungkan bayi sebelum tidur bagi memberi rasa relaks dan tenang pada simanja.



3. Pasang muzik instrument yang menenangkan.


Cara ni bukan sahaja menggalakkan simanja lena, malah kita mak ayah pon mudah terlena selepas mendengar muzik sebegini. Hehehe


4. Elakkan pengambilan kafein bagi ibu yang menyusu.


Tahukah kalian, bayi juga terkesan sekiranya ibunya mengambil kafein?

Kafein seringkali terkenal dengan fungsi menyegarkan. Ada di antara bayi yang mengambil masa lama untuk tidur sekiranya ibunya mengambil kafein tau.

So, better kita cut off ataupun buang sahaja kafein dari list minuman kita.


5. Elakkan pengambilan makanan/minuman manis.



Elakkan minuman bergas terutamanya.
Tinggi kandungan gula
Tahukah mama sekalian, pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan si anak lebih aktif?

Tak percaya? Cuba mama sekalian buat eksperimen 2 hari. 1 hari mama with sugar, 1 hari lagi without sugar.

Mesti mama sekalian nampak beza. Hari yang ada gula tu si anak lebih aktif ataupun terlajak aktif dari biasa. Manakala yang hari tanpa/kurang gula tu anak lebih terkawal dan mudah untuk tidur.


6. Tidur bersama dengan si manja


Kajian menunjukkan bahawa deria bau simanja lebih peka dan sangat tajam di awal kelahiran. Oleh sebab itu kebanyakan bayi akan meragam sekiranya mereka jauh dari ibunya. So, mama please sleep with me okeyh! Hehehe....


7. Buat urutan pada simanja


Bayi/ anak yang dirangsang, diurut adalah lebih tinggi dan mudah untuk mereka mudah tidur berbanding bayi yang dibiarkan tanpa urutan.

Ha, tak tau nak urut guna apa? Baby oil boleh, losyen boleh. Tapi kan mama-mama sekalian, nak lagi best jika mama-mama sapukan dan urut manja bayi anda dengan Lotion dari Baby Spa Set Tanseem Naturel.

Hari-hari I sapu kat anak I tau.. Heheh


Di dalam Lotion ini ada kandungan pati minyak Geranium, Marjoranm dan bergamot. Ketiga-tiga minyak ni sangat terkenal dengan fungsinya yang memberi rasa tenang dan memperlahankan sistem saraf badan. Anak akan lebih cool, relaks dan lebih tenang selepas disapu Lotion dari Baby Spa Set Tasneem Naturel.

8. Semburkan/ wangikan bilik dengan wangian menenangkan


Mak-mak tau tak, Lavender antara yang terkini digunakan sebagai terapi untuk mudah tidur? Kini Tasneem Naturel keluar dengan produk terkini yang lebih mudah dan praktikal.


Hanya ambil Sleep Pillow Mist, halakan pada bantal, cadar, baju atau apa-apa sahaja kawasan yang mudah serap bau. Kemudian spray kan sahaja.

Selepas 4-5 minit mama sekalian boleh lihat kesannya ke atas simanja. 



Moga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu mama-mama diluar sana dalam menyelesaikan permasalahan kalian.

Bak kata nenek kita, nak terus bergelumang dengan masalah ataupun nak keluar dari masalah dan jalan penyelasaiannya ada depan mata. heheehhe







Comments

Popular posts from this blog

Cara Merawat Kembung Perut Bayi Dengan Cepat

Tips Naikkan Bacaan Hb ketika Hamil

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO