RESEPI BUBUR ANAK LEBAH

Assalamualaikum wbt. Hai Korang. Petang-petang selalunya masyarakat kita sudah terbiasa dengan minum petang kan? Asal nak ke petang je mesti gigih la mencari menu untuk dibuat minum petang.

Salah 1 menu yang korang boleh cuba ialah Bubur Anak Lebah. Ada lebah ke dalam tu? Tidak le sayang ooo. Nama saja. Yang kata macam anak lebah tu dibuat daripada tepung ubi dan tepung beras. Sebenarnya ikut resepi sebenar tepung beras dan tepung gandum. Tapi buat yang alah gluten boleh gantikan tepung gandum kepada tepung ubi kayu.

Jom cekidaut bahan-bahan dan cara nya.

RESEPI BUBUR ANAK LEBAH

Bahan-bahan
===========
Doh Anak Lebah
√1 ½ cwn tepung beras
√2 sb tepung ubi
√1sk air kapur
√Garam sedikit
√Air
√Daun pandan/pewarna hijau

Kuahnya
√ 1kotak santan
√ Gula merah (masak dulu dan tapiskan
√ Garam sedikit

Cara-cara:

1) Uli dan jadikan doh Anak Lebah. Tak lembut dan tak terlalu keras supaya mudah untuk dilenyek.















2) Panaskan air dalam periuk. Jika ada acuan/tapis berlubang boleh lenyek kan kedalam air panas.

3) Agak-agak timbul boleh angkat dan sejukkn dalam air sejuk didalam mangkuk lain.


4) Untuk kuah masukkan 1 kotak santan kotak. Tambahkan air gula merah yang sudah ditapis dan juga daun pandan. Jika terlalu pekat boleh tambah air sedikit. Masukkan garam sedikit untuk beri rasa lemak.


5) Puas hati dengan rasa, boleh masukkan Anak lebah ke dalam kuah tu ya.


6) Masakkan ia sehingga mendidih, lembut ya anak lebah.



7) Siap!

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

Come back? Perlu ke???