Cara Mencegah Asthma Pada Bayi

Semput, sukar bernafas seringkali berlaku kepada bayi dan juga kanak-kanak. Semput atau nama penyakit sebenarnya,Bronkitis adalah keradangan atau bengkak tiub bronkus (bronchi), saluran udara antara mulut dan hidung dan paru-paru. Lebih khusus lagi, bronkitis menggambarkan keadaan di mana lapisan tiub bronkial menjadi meradang.


Individu yang mempunyai penyakit Bronkitis mempunyai keupayaan yang kurang untuk menghirup udara dan oksigen ke dalam paru-parunya. Mereka juga tidak dapat membersihkan mukus atau kahak yang lebat dari saluran udara mereka.


Bronkitis ini menyerang tidak kira usia dewasa mahupun kanak-kanak. Namun, bayi dan kanak-kanak antara golongan yang paling mudah dijangkiti Bronkitis ini. Ini kerana mereka sukar dan tidak boleh untuk membuang mukus sendiri. Dan kebanyakan bayi sendiri masih belum sepenuhnya matang dengan organ mereka. Organ mereka sendiri masih amat sensetif dan mudah untuk dijangkiti.



Bronkitis boleh disebabkan oleh virus, bakteria, dan zarah lain yang mengganggu tabung bronkial. Bronkitis akut adalah penyakit jangka pendek yang sering mengikuti jangkitan selesema atau virus.

X-ray dada dan ujian darah digunakan untuk mendiagnosis penyakit Bronkitis. Biasanya ia bermula dari gejala selsema dan batuk dan seterusnya membuatkan pesakit semakin sukar untuk bernafas. Bronkitis biasanya berlangsung beberapa hari atau minggu.

Tanda dan gejala bronkitis  ialah:



  • Batuk berterusan (yang boleh menghasilkan lendir)
  • Demam rendah dan menggigil
  • Sukar bernafas
  • Sakit tekak
  • Sakit badan
  • Nafas tersekat
  • Sakit kepala
  • Hidung dan sinus yang disekat

Salah satu gejala utama Bronkitis adalah batuk yang berlangsung selama beberapa hari atau minggu. Ia kadang-kadang boleh bertahan selama beberapa bulan jika tiub bronkial mengambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, batuk yang enggan hilang juga boleh menjadi tanda penyakit lain seperti asma atau radang paru-paru.


Rawatan untuk bronkitis


Sekiranya ada tanda dan gejala diatas ke atas anak-anak anda, segera bawa mereka rujuk ke klinik atau hospital terdekat. Untuk pesakit  bronkitis biasanya mereka diarahkan untuk:


1) Menggunakan Humidifier/ "Nebulizer"

Kaedah ini boleh bantu melonggarkan lendir dan melegakan aliran udara yang terhad dan berdeham.
Paling tak selesa bila kena neb ni kan. Tapi ianya
sangat membantu untuk pesakit bronkitis bernafas dengan baik

4) Mengambil Terapi Oksigen

Ini membantu meningkatkan pengambilan oksigen apabila pernafasan sukar.
Hari ke 2 baru ada selera nak makan. still on Oksigen.

3) Berehat secukupnya

Lebihkan berehat dirumah dan mengurangkan aktiviti luar.

Dapatkan rehat secukupnya.



4) Minum susu/ air secukupnya

Lebihkan minum susu atau air kosong secukupnya untuk mengelakkan dihidrasi dan juga memudahkan pengeluaran mukus dan lendir.

Pastikan anak minum secukupnya

5) Menghirup udara hangat dan lembap

Hirup udara yang segar sangat-sangat membantu kita dalam mendapatkan aura positif dan juga memudahkan kita bernafas. Tak salah tau mak ayah bawa anak ke pantai atau ke tempat yang boleh hirup udara segar setelah berhari-hari berkampung dihospital.


Sangat bagus bawa simanja bermain dan menghirup udara yang segar setelah keluar dari hospital

Langkah pencegahan elak Bronkotis

1) Elakkan bayi/ anak terdedah dengan individu yang menghidap selsema, batuk.


2) Kurangkan aktiviti luar terutama ketika jerebu mahupun udara tidak sihat.

3) Elakkan makanan/ perkara penyebab alergik.

4) Kurangkan penggunaan karpet, barang mudah berhabuk.

5) Pakai 'mask' juga mampu mengurangkan diri terdedah kepada penularan bronkitis

5) Sekiranya anak selsema, batuk segara dapatkan rawatan. Bagi simanja berumur bawah 2 tahun kebanyakan doktor tidak memberi ubat. Jadi, ibu ayah boleh ikhtiar CF Rub balm untuk merawat dan mengurangkan gejala selsema dan batuk supaya tidak berlarutan.

Pilihan hati mak ayah masa kini


Didalam Cf Rub ada Eo Eucalyptus (minyak Kayu Putih). Eo ini amat-amat membantu dalam:
  • Merawat alahan dan resdung
  • Bantu dalam mencairkan kahak
  • Bantu merawat gejala asma (bertindak balas dengan membran mukus dan mengurangkan lendir)
Nak ketahui lebih lanjut mengenai Cf Rub boleh klik SINI ye korang.

Bronkitis ni kalau dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan penyakit asthma dan pastinya kita sebolehnya nak elakkan melarat sampai ke asthma kan? 

Disini Qiqi share sama pengalaman ibu ayah yang ikhtiar masalah Bronkitis yang sudah melarat ke penyakit Asthma. Ibu ayah ini ikhtiarkan Cf Rub juga dalam sapuan harian dan juga sebelum simanja mereka kena 'neb'.

Ikhtiar masalah demam, selsema, batuk, kerap asthma
dengan Cf Rub. Alhamdulillah, dengan izin Allah berkesan.

Untuk dapatkan Cf Rub dari Tasneem Naturel boleh dapatkan melalui:


 Untuk pertanyaan lanjut dan juga mendapatkan produk Tasneem Naturel boleh juga terus menghubungi Qiqi melalui wasap ya. 












Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN