7 Checklist Penting Sebelum Pulang ke Kampung

Kurang lebih 3 hari lagi nak cuti sekolah bukan? Bila sebut cuti sekolah, apalah yang ada dalam pemikiran anak-anak kita ya? Main? Jalan-jalan? Kem Motivasi? Pastinya pelbagai aktiviti sudah dirangka mak-mak kan? 


Untuk family Qiqi, anak-anak pastinya mereka teruja dan menghitung hari untuk pulang ke Batu Kurau. Nak melawat Tok Ma dan Tok Wan kata mereka. Sebulan sekali memang pasti kami akan cari masa dan cuba untuk pulang melawat mak abah. 

Namun bila tiba cuti sekolah yang agak panjang ni pastinya anak-anak lebih seronok dan teruja.Masakan tidak, dekat kampung lah bebas nak bermain dekat luar. Di kampung juga lah seronok nak mandi kolam yang Tok Ma nya belikan. Boleh berendam berjam-jam. Habislah bil air rumah Tokmanya. hehehehe






Seperti kawan-kawan yang lain juga, sebelum pulang ke kampung/ travel pastinya ada checklist yang perlu Qiqi buat supaya tidak ada barang penting yang tertinggal. Almaklum lah di kampung ada kala barang yang kita nak tidak dijual kan. So, better beringat untuk bawa pulang. Antara barang yang perlu dan wajib bawa pulang ke kampung pastinya:

  1. Pakaian yang secukuonya. Lebih pun tak mengapa (Baju kurung jangan lupa. Banyak kenduri tau)
  2. Lampin pakai buang (Alina punya)
  3. Termometer (wajib bawa sebab kesihatan anak tak menentu dengan perubahan cuaca)
  4. Supplement (Vitamin C terutama sekali. Vitamin D tak mengapa. Boleh direct berjemur pada cahaya matahari)
  5. Berus gigi (kadang singgah ke rumah sedara mara kan?)
  6. Pelembap kulit (Skeenz, shea butter)

Dan paling tidak dilupakan dan paling wajib dibawa ialah "Emergancy Kit" yang kacak dan cun bergaya ni lah.

Abaikan ya muka Alina kat belakang tu. heheh

Kenapa  Qiqi kata ini "Emergancy Kit" kami? Masakan tidak. Ketika pulang ke kampung ni lah macam-macam hal boleh jadi.Yang sihat boleh sakit. Yang sebelumm ni hidung molek tetiba boleh berhingus. Main air, panas kan? Memang mudah la kena penyakit. Memang Qiqi wajib standby ketiga-tiga balm ni dalam pouch bag anak-anak.

Jom tengok apa kegunaan tiap balm yang Qiqi bawak balik kampung ni

CF RUB


  • Digunakan bila anak selsema, batuk, demam. 
  • Anak yang sulung susah sikit nak makan ubat so, kita calit-calit Cf Rub je.
  • Kalau anak sedara ada simptom yang sama pun dah boleh tolong calit sekali. Yeayyy!

CALM TIME

  • On the way nak balik kampung sedikit sebanyak anak mesti ada meragam kan? Nah, calit-calit saja Calm Time
  • Ada bayi yang jenis berubah tempat baru dia jadi tak selesa kan? Sapu aja Calm Time

SKEENZ

  • Paling PENTING! Especially yang ada anak kecil
  • Perubahan cuaca ni kan mudah naik ruam pada kulit baby. Boleh sapu Skeenz pada kulit anak yang ruam'
  • Ekzema Fighter seperti Alina wajib ada Skeenz, kurangkan gatal dan melembapkan kulit
  • Gigitan serangga? Ambil Skeenz, sapu cepat-cepat. Insyaallah hilang/baik punya.
Apa-apa pun persediaan anda, pastikan jangan lupa ole-ole untuk mak abah. Mak abah kita ni tak minta pun barang berharga. Cukup lah bawa pulang sesuatu sebagai tanda ingatan kita pada mereka. Sebenarnya cukup sahaja dengan kepulangan kita ke kampung dah cukup mengembirakan hati mereka. Tapi tak salah jika ada sedikit barangan untuk mereka kan.

Semoga perjalanan korang pulang ke kampung/ travel/ bercuti dipermudahkan. Berhati-hati dijalan raya. Ingat orang tersayang. Selamat bercuti ya.

Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN