Durian Punca Flare Ekzema?

Durian oooohhh Durian. Siapa lah yang tak minat durian kan? Ramai je kan peminat durian? Termasuk lah tukang tanya ni ha. Qiqi pon antara geng yang minat durian ooo. Asal musim durian je mesti kalut nak balik kampung nak rasa durian pokok arwah tok. Kalau tiada pon mesti ada beli juga, habuan merasa . Dalam keluarga kecil kami ni alhamdulillah semua pakat minat durian. So, kalau setakat beli 3-4 biji tu tak risau la kalau tak habis. Confirm habis punya. Actually awal-awal musim durian baru ni, Qiqi tertanya-tanya juga lepas ke kalau Qiqi makan durian, risau naik 'flare' pada si Alina. Yelah kan, durian ni boleh tahan manis juga. Selalunya yang manis-manis ni mudah je naik flarenya. Durian pokok mak, gebus-gebus isinya muma wey Memang kalau ikutkan tak nak sentuh dah durian musim kali ni. Tapi, ada terbaca 1 coach ekzema ni kabor, Durian ni pass je kalau anak ekzema makan. Bagai pucuk dicita ulam mendatang lah kan. Tak fikir banyak dah, memang makan la du...