Tips Minum Air Gula Tanpa Muntah

Saat paling gembira bagi wanita yang sudah berkahwin adalah ketika dikhabarkan dengan berita paling mengembirakan iaitu apabila disahkan doktor bahawa dirinya telah mengandung/ hamil. Manakan tidak, ada pasangan yang hanya menunggu sebulan ke dua bulan selepas pernikahan untuk menerima berita gembira ini. Manakala ada pasangan yang menanti berita gembira ini selama 5 tahun bahkan ada yang menanti sehingga 10 tahun! Biar pun pendek atau panjang tempoh anda menunggu berita gembira ini, sesungguh Allah lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk kita menerima amanah Allah ini. Anak bukan hanya 1 kebanggaan, tetapi sesuatu amanah yang tak boleh kita pandang enteng. Pengalaman Minum Air Gula Berbalik kepada kisah mengandung ini, pastinya kini ibu-ibu yang mengandung/ hamil kini tidak boleh lari dari minum air gula diklinik. Macam Qiqi sejujurnya semasa hamil anak pertama, terlepas dari kena minum air gula ni. Tapi, bila mengandungkan anak kedua dan ketiga memang nak ta...