Tips Minum Air Gula Tanpa Muntah

Saat paling gembira bagi wanita yang sudah berkahwin adalah ketika dikhabarkan dengan berita paling mengembirakan iaitu apabila disahkan doktor bahawa dirinya telah mengandung/ hamil. Manakan tidak, ada pasangan yang hanya menunggu sebulan ke dua bulan selepas pernikahan untuk menerima berita gembira ini. Manakala ada pasangan yang menanti berita gembira ini selama 5 tahun bahkan ada yang menanti sehingga 10 tahun!



Biar pun pendek atau panjang tempoh anda menunggu berita gembira ini, sesungguh Allah lebih mengetahui bilakah masa yang paling sesuai untuk kita menerima amanah Allah ini. Anak bukan hanya 1 kebanggaan, tetapi sesuatu amanah yang tak boleh kita pandang enteng.


Pengalaman Minum Air Gula

Berbalik kepada kisah mengandung ini, pastinya kini ibu-ibu yang mengandung/ hamil kini tidak boleh lari dari minum air gula diklinik. Macam Qiqi sejujurnya semasa hamil anak pertama, terlepas dari kena minum air gula ni. Tapi, bila mengandungkan anak kedua dan ketiga memang nak tak nak kena minum air gula ni. Apa rasa? Manis semanis-manisnya ya puan-puan. Heheehhe.. Perit tekak kalau diikutkan. Sebijik macam ni la rupanya. 




Dikhabarkan ada sesetengah klinik yang menawarkan air gula berperisa. Namun, sepanjang Qiqi kena, hanya dapat yang plain sahaja. Walaupun perit tetap ku turuti jua kerana pastinya pihak Kementerian Kesihatan ada sebab tersendiri bukan? Mereka takkan saja-saja buat sesuatu ujian tanpa sebab. Jom kita ketahui apakah fungsi minum air gula ketika hamil.

Fungsi Minum Air Gula Ketika Hamil ialah untuk memeriksa sama ada Puan-puan ada kencing manis atau tidak.


Bagaimana boleh check kencing manis dengan air gula?

Kencing Manis terjadi apabila badan kita tidak dapat memproses gula berlebihan. Dalam keadaan normal gula akan dicerna menjadi glukosa. Glukosa amat-amat penting sebagai sumber tenaga dalam badan. Tetapi, jika glukosa berlebihan, hati akan tukarkan glukosa menjadi sebatian glukosa untuk disimpan.


Pernah dengar tentang INSULIN? Insulin ini merupakan hormon yang berfungsi tukarkan glukosa kepada glukogen. Tujuannya adalah untuk disimpan didalam hati dan sel-sel otot bila didapati glukosa berlebihan.




Insulin juga berfungsi membawa glukosa ke dalam sel badan untuk dimetabolisma menjadi tenaga. Dalam Kencing manis pula, insulin menjadi kurang reaktif ataupun kurang dihasilkan. Jadi, insulin tidak dapat kawal paras atur gula dalam darah.

Jadi bila kita minum air gula ni, kita sebenarnya nak test insulin tu samada boleh berfungsi atau tidak. Jika ia berfungsi dengan baik, selepas 2 jam minum air gula, paras gula dalam darah akan normal. Jika sebaliknya, paras gula akan naik selepas minum air gula dan berkemungkinan anda kena kencing manis ketika hamil.


Faktor perlu minum air gula

Puan-puan sekalian ada salah 1 faktor ini?

  • Berat badan naik berlebihan (Normal setiap minggu naik 0.5kg/ 2kg sebualan - BMI 30 keatas)
  • Ada sejarah ahli keluarga yang menghidap diabetis
  • Faktor umur
  • Ada sejarah melahirkan bayi besar, lebih 4kg
  • Selalu kena kencing kotor/ keputihan
  • Memang ditetapkan, 2 kali paling minima sepanjang kehamilan (awal kehamilan dan minggu ke 28)

Tips Minum Air Gula

Nak tak nak perlu telan juga kan? Nah Qiqi share beberapa tips untuk korang amalkan ya. Semoga korang dapat mengharungi hari mencabar ini dengan tabah. hee


  1. Puasa seperti yang nurse nasihatkan. (Start dari jam 10 malam)
  2. Set dalam minda dan doa pada Allah (Aku boleh!!Tak muntah insyaALLAH. Yang penting yakin. Bagitahu Allah, insyaallah Allah permudahkan.)
  3. Bancuh suam-suam. (Jika sejuk rasa manis tu akan rasa lebih TINGGI)
  4. Tarik nafas dalam-dalam
  5. Teguk 1 kali minum sebaiknya. Paling tidak 2 kali minum. (jangan berhenti, berhenti banyak kali. Lagi cepat rasa muntah jika berhenti banyak kali)
  6. Bilas sedikit lidah dengan air kosong.
  7. Relaks ditempat menunggu/ pulang berehat sementara menunggu ambil darah yang ke 2.
  8. Bawa T Rub Balm. Bau Eo Tangerine di dalam T Rub Balm yang menyegarkan mampu mengelakkan diri dari muntah. 



Kesan bila Terlebih Gula

Mesti pelik kan kenapa awal-awal kehamilan pun perlu minum air gula kan? Kawal atur gula dalam darah pada peringkat awal adalah TERAMAT PENTING. Ini kerana dalam tempoh inilah pembentukan organ-organ penting bayi anda ketika ini dan mengurangkan komplikasi diabetis kepada ibu dan bayi. 

Jom ketahui kesan jika terlbih gula ketika hamil dan kesan pada ibu dan byi:

  • Kemungkinan bayi besar (4kg keatas)
  • Potensi bersalin ceazer (bahaya untuk bersalin normal, risau tersangkut bahu)
  • Risiko kematian dalam rahim secara mengejut (in utero death)
  • Selepas bersalin perlu dipantai unit rawatan rapi (bayi yang menghasilakn hormon insulin akan mengalami paras gula yang rendah selepas kelahiran)
  • Potensi untuk kena diabetis ketika dewasa kelak
Jadi jangan pandang remeh ya bab minum air gula ni. Pihak klinik bukansaja-saja suruh kita minum. Mereka mahu memantau dan mahu memastikan ibu dan bayi selapat melahirkan dan dilahirkan.

Kawal pemakanan kita ketika hamil. Kurangkan manisan, lebihkan makanan berzat dan bernutrisi ya.

Comments

  1. I did not know the entire benefits of My Garmin Express. But since I have read this blog on map update, I have installed all available updates for my garmin device. I must say that this piece of blog has helped me improve navigation experience. I am not suggesting all my friends to read this blog and get Garmin Map Update with this team. For detailed information, you can contact sus at toll-free number +1 888-309-0939. Our Garmin GPS professionals will provide instant help.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN