Tips Naikkan Bacaan Hb ketika Hamil

Kehadiran cahaya mata pastinya memberi kegembiraan kepada seisi keluarga. Perkara paling gembira bagi seorang wanita adalah apabila disahkan hamil setelah menunggu sekian lama dengan kehadiran cahaya mata. Sebaik sahaja mengetahui diri anda hamil, ada beberapa perkara yang harus ibu-ibu titik beratkan. Antara yang perlu ibu titik beratkan adalah: Tekanan darah Paras gula dalam darah Bacaan Hb Kepentingan menjaga Bacaan Hb Ketika hamil Untuk kali ni Qiqi fokus berkaitan bacaan Hb ketika hamil. Ini kerana jika kalian melawati Klinik Ibu dan Anak pasti akan kedengaran rungutan, keluh kesah jururawat mengenai bacaan Hb ibu-ibu hamil yang dikendalikan oleh mereka. Setiap kali temujanji klinik pastinya bacaan hemoglobin akan diambil. Mari kita lihat apakah kepentingan kita dalam menjaga paras Hb ketika hamil. Adalah sangat penting bagi ibu hamil menjaga paras hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah -Hb). Ini kerana, jika kekuran...