Susu yang Sesuai untuk Anak Ekzema
Menurut kajian kini, dari nisbah 10 bayi nak jumpa 2 yang sihat kulitnya dari ekzema sangat-sangat susah jika nak dibandingkan dengan 20 tahun lalu. Semuanya berkait rapat dengan faktor pemakanan kita masa kini.
Ekzema. Apa itu Ekzema
Susu untuk Anak Ekzema
![]() |
Susu ibu adalah susu terbaik |
Disaat anak kena ekzema 2 tahun lepas, memang Mama Qila usaha cari ilmu dan nak ikhtiar secara alami/ semulajadi. Untuk pengetahuan ibu-ibu, Mama Qila usahakan memberi susu badan sehingga 2 tahun. Namun Mama Qila pasti, tak semua ibu-ibu dapat berbuat demikian kan?
Pasti ada diantara ibu-ibu yang terpaksa memberi susu formula kepada anak berikutan susu berkurangan dan juga kekangan masa menyediakan stok susu. Namun begitu ibu-ibu sekalian, untuk bayi/ anak yang ada ekzema ni, memang memerlukan penelitian yang bersungguh dalam memilih susu formula.
Ini kerana kebanyakan bayi/anak yang menghidap ekzema ni alah kepada protein susu lembu. Makanya, antara yang boleh ibu-ibu usahakan ialah dengan memilih samada susu yang tanpa kehadiran laktosa :
Susu formula berasaskan susu soya.
Kebanyakan susu formula yang dihasilkan menjadikannya seperti susu ibu. Untuk susu formula berasaskan susu soya, terdapat berbagai jenama yang mengeluarkan susu berasaskan soya seperti:![]() |
Susu Isomil. Tanpa susu lembu |
![]() |
Dugro Soy. Tanpa susu lembu |
Namun, tak semua bayi ekzema sesuai ya. Terdapat juga anak-anak yang alah pada susu soya.
Susu formula berasaskan susu kambing.
![]() |
Karihome. Pilihan ibu-ibu diluar |
Comments
Post a Comment