7 Tips Live Secara Yakin di Facebook Live

Facebook dan pengguna online memang tak dapat dipisahkan. Banyak media sosial baru cuba untuk mencaras dan mengambil tempat Facebook namun tidak berjaya untuk masa kini.


Antara media sosial yang masih gah berdiri gah diatas platform sendiri kelebihan masing-masing selain Facebook ialah, Instagram, Twitter, Whatsapp, Youtube dan sebagainya.

Dan sejujurnya sejak kebelakangan ini "Facebook Live" semakin mendapat perhatian dan pilihan para pengguna. Ini kerana mereka hanya perlu menonton dan bertindak sahaja.

Dan sehubungan dengan itu juga ramai para peniaga "online" mengambil peluang ini untuk memasarkan dan mempromosi barang dagangan mereka melalui Facebook Live.

Apakah kelebihan Facebook Live ini? Berikut adalah antara kelebihannya iaitu:
  • Dapat berinteraksi secara terus dengan audiens
  • Dapat buat 'engagement' dengan mudah
  • Dapat terus menjawab persoalan berbangkit (sekiranya ditanya oleh audiens)
  • Penyampaian melaui video adalah lebih berkesan berbanding penulisan.

Tips Live Secara Yakin di Facebook Live

Jadi, bagaimana untuk kita nak mulakan Facebook Live ni? Terutama sekali buat 'newbie' macam Qila ni yang baru nak bermula ber "Facebook Live". 

Yang paling utama adalah:

1. Tarik nafas, tahan dan lepaskan secara perlahan-lahan. 

Tujuannya adalah untuk menenangkan debaran dihati tu. Biasa lah kan, baru pertama kali nak ber'Live'.

2. Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Dan doa.

Moga segala pertuturan kita lancar dan dipermudahkan.

3. Tahu tajuk/ Pilih Tajuk yang selesa

Sangat penting untuk kita tahu tajuk dan isi yang nak kita sampai kan. Ini dapat membantu kita bercakap dengan yakin.

4. Buat Outline, nota ataupun 'point' penting

Ini sangat-sangat membantu disaat kita lupa ataupun terdapat gangguan dari persekitaran.

5. Pedulikan berapa ramai 'viewer' semasa 'Live'

Ya, abaikan je berapa ramai 'viewer' yang tengok. Ada diantara kita jika nampak jumlah viewer dia akan down atau menggelabah kan. Just fokus pada kamera saja dan teruskan isi-isi yang nak dikongsi

6. Jangan lupa senyum dan berinteraksi pada mereka yang komen.

Ini akan menambahkan lagi semangat dan penonton rasa dihargai bila kita menegur mereka. Boleh ajak mereka komen, tanda suka pada "live" anda.

7. Jangan lupa tekan "FINISH'

Hahaha. Sebaik siap penerangan, jangan andalupa pula nak tekan "FINISH". Nanti tak ter'publish' "Facebook Live" korang di dinding Facebook anda. Siap!


Mudah je kan nak berFacebook Live. Cuma perlu ada kekuatan untuk tekan "GO LIVE" sahaja. Bila dah mulakan pastinya dah tak sesusah yang kita bayangkan.

Gunakan "Facebook Live" sebaiknya dan sebaiknya yang memberi manfaat kepada penonton di Facebook.




Comments

Popular posts from this blog

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN GMO

DILEMA MOMMY PREGGY

PETUA HILANGKAN GATAL BADAN