Punca dan Cara Rawat Ulser Mulut

Hampir setiap bulan Qiqi akan mengalami masalah Ulser Mulut ni. Dan hampir setiap bulan juga lah perlu menahan sakit bila diserang ulser ni. Sakitnya bukan biasa-biasa ya. Hampir bersamaan seperti sakit gigi peritnya menahan tu. Apa itu Ulser Mulut? Ulser mulut adalah luka kecil yang terjadi pada bahagian dalam mulut. Sangat menyakitkan sekiranya kena dan mengambil masa beberapa hari untuk sembuh. Adakalanya hampir seminggu juga baru baik.Kebiasaannya ia memiliki permukaan yang lebih cerah berbanding permukaan mulut yang biasa. Terdapat 3 jenis ulser yang yang kerap kali terjadi iaitu: Kecil Besar Herpetiform Pengelasan ini biasanya berdasarkan rupa, nombor, saiz, lokasi dan tempoh masa untuk sembuh. Kecil Jenis paling biasa ditemui. Saiz ulser : Kebiasaanya lebih kecil daripada 5mm diameter dan biasanya 1-5 ulser boleh terjadi pada waktu yang sama. Tempoh sembuh: Dalam tempoh 14 hari tanpa sebarang parut. Lokasi kerap terjadi: Permukaan dalam pip...